Skip to main content

Kandungan methanol tinggi dalam arak akibat kegagalan pemprosesan


MELAKA -- Kandungan methanol antara 30 hingga 50 kali lebih tinggi daripada jumlah dibenarkan adalah punca kematian 33 warga asing akibat kes keracunan arak minggu lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata kandungan metanol yang tinggi dipercayai terjadi akibat kegagalan dalam pemprosesan pembuatan arak yang sepatutnya menghasilkan ethanol iaitu sejenis sebatian alkohol.
Setakat ini, 87 kes keracunan arak dilaporkan di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Negeri Sembilan.
"Kita berharap penjualan dua arak itu yang dikenal pasti mengandungi racun disita dan tidak dijual di pasaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Dunia Perubatan Senaman (WCEM) di sini, hari ini, yang turut dihadiri Penaung WCEM Raja Datuk Seri Yong Sofia Sultan Azlan Shah dan Pengerusi WCEM Prof Datuk Seri Jessy Lai.
Sementara itu, Dr Lee berkata satu pertiga daripada populasi orang dewasa di negara ini adalah penghidap darah tinggi dan kencing manis sementara 50 peratus daripada orang dewasa mengalami obesiti atau berat badan berlebihan,
Justeru, rakyat Malaysia disaran menjadikan senaman sebagai aktiviti dalam kehidupan harian bagi mengawal dan mencegah penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi dan diabetes selain mengelak obesiti.
"Penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat negara ini menunjukkan peningkatan dan ia akan menjadi beban kesihatan untuk negara sekiranya tiada langkah awal dilakukan untuk mencegah atau merawat ianya berlaku," katnya, lapor Bernama.
Bagaimanapun, amalan senaman berkenaan perlu mendapat nasihat atau rujukan daripada pakar senaman dan fisioterapi kerana setiap individu mempunyai tahap atau kekuatan untuk bersenam yang berbeza.
Beliau juga berkata amalan pemakanan yang sihat termasuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi juga perlu diberi penekanan kerana ia turut memberi kesan terhadap kesihatan individu.
"Elakkan daripada makan di luar pada lewat makan dan kurangkan pengambilan makanan karbohidrat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...