Skip to main content

Kelantan penerima bantuan kewangan terbesar


PUTRAJAYA -- Kerajaan Negeri Kelantan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM913 juta, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata sejak 2013 hingga 2017, Kelantan menerima sebanyak RM363 juta bantuan kewangan defisit, yang merupakan pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.
"Pemberian tersebut disalurkan kepada Kerajaan negeri yang mengalami defisit, di mana hasil tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan mengurus seperti emolumen, sewa, utiliti dan perbelanjaan operasi yang lain," katanya.
Lim berkata kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengamalkan pengurusan kewangan berhemat dengan memastikan perbelanjaan tidak melebihi hasil negeri. 
"Kerajaan Negeri Kelantan diperhatikan telah mencatat defisit akaun mengurus untuk lebih daripada lima tahun berturut-turut," katanya.
Lim berkata tanpa bantuan pemberian defisit daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Kelantan tidak akan mampu untuk menampung bayaran emolumen kepada kakitangan kerajaan negeri. 
"Pada 2017, hanya dua negeri yang menerima pemberian defisit iaitu Kelantan dan Perlis," katanya, lapor Bernama.
Lim berkata Kerajaan Persekutuan juga memberi pendahuluan kepada Kerajaan Negeri Kelantan daripada Kumpulan Wang Pendahuluan, iaitu tabung pusingan yang bertujuan membantu negeri-negeri mengatasi masalah aliran tunai. 
Sehingga 30 Jun lepas, katanya jumlah pendahuluan yang telah disalurkan kepada negeri itu berjumlah RM550 juta, juga merupakan penerima terbesar bantuan tersebut. 
"Daripada jumlah itu, pendahuluan yang masih tertunggak dan belum dibayar balik oleh Kerajaan Negeri Kelantan ialah sebanyak RM384 juta," katanya.
Di samping itu, Lim berkata Kerajaan Persekutuan juga memberi pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan baki pinjaman belum selesai berjumlah RM1.4 bilion dan tunggakan sebanyak RM434.5 juta, sehingga 30 Jun lepas.
"Tahap tunggakan pinjaman juga menunjukkan ketidakmampuan kerajaan negeri untuk memenuhi dan menguruskan komitmen kewangannya," katanya.
Lim berkata Kerajaan Persekutuan berharap Kerajaan Negeri Kelantan dapat mengurus hal ehwal kewangan negeri dengan lebih bertanggungjawab dan berhemah seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selain meningkatkan hasil secara profesional dan sistematik bagi mengurangkan kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...