Skip to main content

Keputusan Anwar bertanding tidak diikat dengan kedudukan Tun M


PETALING JAYA -- Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melangkah ke pentas Parlimen tidak mengikat Tun Dr Mahathir Mohamad dalam soal lama mana beliau terus menerajui negara sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Dalam membuat keputusan ini, kami tidak pernah mengikat parti dengan tempoh masa Tun Dr Mahathir menjalankan tugas sebagai perdana menteri,” katanya pada sidang media.
Ia dibuat bagi mengumumkan bahawa Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson sebagai persediaan untuk beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara kelak. 
Menurut Saifuddin Nasution,  Anwar sendiri selalu menekankan pentingnya kepimpinan Dr Mahathtir terus disokong sekarang. 
“Datuk Seri Anwar selalu pesan pada kepimpinan PKR sekarang adalah masa untuk beri dukungan dan sokongan penuh kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri,” katanya.
Saifuddin Nasution seterusnya berkata keputusan tidak mengikat tempoh masa Dr Mahathir menjadi perdana menteri turut menjadi konsensus Pakatan Harapan.
“B​​​​ila kita buat keputusan, kita tidak pernah mengikat tempoh Tun Dr Mahathir terus sebagai perdana menteri dan macam saya sebut tadi ketika konsensus PH dibuat ia juga tidak mengikat tempoh itu," katanya, lapor Bernama.
Saifuddin Nasution berkata Anwar juga pernah memberi kenyataan berulang kali secara terbuka bahawa Dr Mahathir akan terus dapat sokongan PKR untuk beliau terus menerajui negara sebagai perdana menteri. 
Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta dalam usaha memberi laluan kepada  Anwar menjadi Anggota Parlimen dan seterusnya Perdana Menteri kelapan kelak.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata pemimpin PKR sebulat suara menerima pendirian Anwar untuk bertanding di Parlimen Port Dickson.
Saifuddin Nasution berkata beliau juga telah menemui ketua parti komponen Pakatan Harapan dan kesemua mereka akan membantu pada pilihan raya kecil berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...