Skip to main content

Keracunan alkohol catat kematian di luar Lembah Klang


KUALA LUMPUR -- Kematian akibat keracunan arak tidak lagi terhad ke Lembah Klang sahaja dengan dua kematian turut dilaporkan di Perak.  
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam (Rabu) mengumumkan angka kematian di Lembah Klang sahaja telah meningkat ke 21 dengan polis berkata 19 daripada kematian itu berlaku di Selangor.  
Di PERAK, dua lelaki warga tempatan dari Bandar Baru Putra, Bercham disahkan meninggal akibat keracunan arak masing-masing pada Isnin dan Selasa lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A.Sivanesan.
Mangsa yang berumur 50 tahun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada awal pagi Isnin, manakala seorang lagi yang berusia 39 tahun maut di Hospital KPJ pada awal pagi Selasa.
"Sementara itu, dua lelaki tempatan berusia 41 dan 53 tahun berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi HRPB,  manakala seorang mangsa lelaki berusia 35 tahun dilaporkan stabil di hospital yang sama," katanya dalam satu sidang media, lapor Bernama.
Mengulas lanjut, Sivanesan berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai membeli arak tiruan di kedai menjual alkohol di sekitar Bercham dan Tanjung Rambutan di sini.
Sivanesan berkata minuman beralkohol yang disyaki diminum oleh kesemua mangsa adalah berjenama 'King Fisher Beer' dan 'Grand Royal Whisky'.
"Kita menjangka kira-kira 20 hingga 30 kes keracunan arak berlaku dalam tempoh terdekat.
"Keracunan arak menyebabkan mangsa mengalami simptom seperti mata kabur, loya dan muntah, sesak nafas, sakit perut  serta sakit badan dan mereka yang mengalami simptom berkenaan perlu mendapatkan rawatan di hospital yang berhampiran," katanya.
Di JOHOR pula, sehingga ini tiada kes keracunan alkohol dilaporkan dan kerajaan sedang memantau keadaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kes berkenaan.
“Bagaimanapun, (kita) kena pastikan pemantauan dijalankan di setiap premis yang menjual alkohol untuk mengelakkan kejadian di Selangor tidak berlaku di Johor,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menurut Sahruddin, memandangkan kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan warga asing, diharapkan peniaga lebih berhati-hati dalam menjual minuman beralkohol dan hanya minuman beralkohol yang kandungan alkoholnya lulus sahaja dijual.
“Kepada pihak pengedar atau pengilang pula dikehendaki menghasilkan alkohol seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” tambah beliau.
Di SABAH, Bernama belum menerima apa-apa laporan akan keracunan arak termasuk di pulau bebas cukai Labuan di mana pelbagai jenis arak turut dijual.
DI SHAH ALAM, jumlah mangsa yang maut akibat keracunan alkohol setakat pukul 1 petang tadi meningkat kepada 20 orang berbanding 19 mangsa malam tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pertambahan satu kematian itu melibatkan warga tempatan menjadikan setakat ini dua rakyat Malaysia maut selain warga Nepal (lima), Myanmar (sembilan), India (seorang), Bangladesh (dua) dan individu tidak diketahui identiti (seorang).
Seramai 16 lagi mangsa masih menerima rawatan perubatan manakala 20 mangsa telah dibenarkan keluar dari hospital, katanya.
“Mangsa yang telah dibenarkan keluar terdiri daripada empat warga tempatan, 33 warga Myanmar, warga Nepal (26), warga Bangladesh (10), warga India (dua) dan seorang individu tidak diketahui identiti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini, hanya 56 mangsa keracunan alkohol termasuk yang maut direkodkan pihaknya di Selangor.
Di KOTA BAHRU, Ketua Polis Kelantan mengesahkan belum ada kes kematian kerana keracunan arak sehingga ini.
Setakat pukul empat petang ini, juga tiada kes dilaporkan di Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...