Skip to main content

Kerajaan komited jabatan tidak menyeleweng dan rasuah


PUTRAJAYA -- Akta Ombudsman akan digubal bagi menukar fungsi Biro Pengaduan Awam (BPA) kepada Ombudsman Malaysia untuk memastikan pengurusan aduan awam di negara ini lebih berkesan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata langkah itu bagi menentukan jabatan-jabatan kerajaan tidak menyeleweng atau terlibat dengan rasuah.
“Jika ada aduan terhadap jabatan kerajaan dan selepas diminta pembetulan dibuat, tetapi jika tidak dapat diselesaikan, akan pergi kepada Ombudsman.
“Ombudsman ini bebas dan tidak diletak di bawah perdana menteri atau menteri-menteri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Viu Keong dan Pengerusi Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat tersebut turut bersetuju supaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diperkasakan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Menurutnya IPCMC akan bertindak sebagai sebuah badan pemantau bebas yang lebih holistik.
“Terdapat banyak aduan mengenai polis dan kita akan cuba membersihkan polis dan menentukan mereka mendapat layanan yang baik sebagai anggota polis dan pada masa yang sama mereka harus membersihkan diri mereka,” katanya, lapor Bernama.
Menurut Dr Mahathir mesyuarat JKKMAR juga bersetuju dengan cadangan supaya fungsi agensi-agensi di GIACC bagi memastikan dasar dan perancangan berkaitan tadbir urus, integriti dan anti rasuah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Katanya Institut Integriti Malaysia (Integriti) yang ditempatkan di bawah GIACC akan bertindak sebagai badan operasi membina kapasiti dan kompetensi agensi kerajaan serta korporat.
Dr Mahathir berkata Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) pula akan diserapkan fungsi ke dalam GIACC dan perkara itu akan dibincangkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira aspek penjimatan di pihak kerajaan.
“Gabungkan sahaja, tidak perlu ada terlalu banyak agensi,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...