Skip to main content

Kerajaan perlu tidak berbelanja besar


KUALA LUMPUR -- Perbelanjaan kerajaan tidak seharusnya besar dalam keadaan sekarang, di waktu ia berusaha menangani tekanan fiskal sebelum menstabilkannya dan bergerak ke hadapan, kata Presiden Kelab Perniagaan ASEAN, Tan Sri Dr Munir Majid.
Katanya, ini disebabkan antara lain, oleh peningkatan perang perdagangan Amerika Syarikat-China, yang menyebabkan penyusutan pertumbuhan ekonomi dunia, terutamanya Malaysia, negara yang berorientasikan eksport.
“Kita perlu menerima hakikat bahawa perbelanjaan kerajaan tidak akan berbelanja besar (untuk pembangunan ekonomi) dan kita melihat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar 4.5 peratus,” katanya kepada pemberita di luar taklimat Institut Penyelidikan CIMB ASEAN (CARI) dan Kelab Perniagaan ASEAN berkenaan kemajuan, keutamaan dan cabaran Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). 
Bagaimanapun katanya, apa yang negara juga perlu lakukan adalah memikirkan mengenai tanggungjawab fiskal yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan defisit.
Munir yang juga Pengerusi CARI berkata, kerajaan perlu menguruskan kewangannya, kerana apa yang sebelum ini dicatatkan sebagai defisit negara mungkin bukan angka defisit sebenar.  
“Sebagai contoh, jika anda menyatakan dengan berlebihan pendapatan anda, sudah tentu defisit anda akan menjadi lebih rendah… dan untuk sektor swasta jika senario ini berlaku, kita perlu mempunyai tempoh penyesuaian yang mana anda perlu membuat penyesuaian terhadap akaun anda.
“Saya mengalaminya sewaktu di Celcom, apabila kami perlu membuat penyesuaian kerana aset tertentu dimasukkan ke dalam tahun sebelumnya yang mana ia tidak wujud (terdapat beberapa invois palsu) justeru kami perlu menyatakan semula akaun berkenaan.
“Justeru dalam kes ini, mengambil kira kedudukan fiskal kita, saya fikir kita mempunyai situasi di mana kita memiliki lebih daripada perolehan yang diakui dan begitu juga jika kerajaan berbelanja terlalu besar, defisit fiskal kita akan kelihatan lebih teruk daripada tahun lepas dan tahun sebelumnya,” katanya.
Tambahnya, Malaysia mempunyai sumber perolehan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan sebelumnya, sebagai contoh, tetapi ia tidak diberikan pampasan sepenuhnya melalui pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan.
“Apa pun, kita bertuah kerana harga minyak mentah semakin meningkat. Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak mahukan 20 peratus royalti…. saya fikir yang ini perlu tunggu,” katanya.
Ditanya jika AEC dapat mencapai sasarannya menjadi pasaran tunggal dengan jumlah dagangan dijangka dua kali ganda pada 2025 di tengah-tengah ancaman perdagangan yang berterusan, Munir berkata, “perkara berubah sepanjang masa”.
“Ia mungkin memperlahankan proses tetapi dengan ekonomi digital yang sangat pesat, sudah tentu ia akan mempercepatkan prosesnya… melalui kekuatan integrasi teknologi.”
Berhubung peletakan jawatan Pengerusi  CIMB Group Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak, Munir berkata, beliau mengucapkan selamat maju jaya.
“Kita mesti menghormati keputusannya, mengiktiraf sumbangannya dan mengucapkan selamat maju jaya.
“Saya mengenali Datuk Seri Nazir selama 29 tahun. Saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif yang bersamanya pada tahun 1989 dan kemudiannya keluar bagi membangunkan Suruhanjaya Sekuriti,” kata Munir. 
Semalam, CIMB mengumumkan bahawa Nazir, adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan meletak jawatan daripada jawatannya sekarang dan kedudukan lain dalam kumpulan berkenaan pada 31 Disember 2018.
Beliau adalah Pengerusi CIMB sejak 2014 dan sebelum itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif selama 15 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...