Skip to main content

Lebih 2,000 murid panik bumbung sekolah terbang dibadai ribut


ALOR SETAR -- Kira-kira 2,000 pelajar termasuk lebih 100 guru dan kakitangan sebuah sekolah menengah di sini panik apabila sekolah tersebut dibadai ribut dalam kejadian 7.15 pagi Isnin.

Dalam kejadian ribut yang tidak sampai seminit itu yang berlaku di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa, sebahagian bumbung membabitkan lima blok bangunan tiga dan dua tingkat itu, rosak diterbangkan ribut.

Lima pelajar tingkatan tiga dilaporkan mengalami cedera ringan terkena serpihan cemin tingkap dan kayu yang berterbangan.

Pengetua sekolah itu, Wong Chee Hong berkata keadaan lima pelajar itu bagaimanapun tidak serius yang hanya mengalami luka-luka di beberapa bahagian badan.

“Mereka dirawat sebagai pesakit luar melainkan seorang pelajar perempuan yang luka teruk di bahagian kepala terkena kayu.

“Para pelajar kini ditempatkan di dewan sekolah dan tidak dibenarkan keluar bagi mengelak keadaan yang lebih buruk,” katanya kepada pemberita, lapor Bernama.

Wong berkata ketika kejadian sebahagian besar pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan enam baru sahaja sampai ke sekolah.

Katanya keadaan menjadi kelam kabut seketika apabila ribut kencang berserta hujan membadai pada waktu itu.

“Para pelajar bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila serpihan bumbung dan kayu berterbangan jatuh,” katanya.

Wong berkata apabila keadaan reda para pelajar ditenangkan guru dan kakitangan sebelum dibawa ke dewan.

Pelajar yang cedera itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan.

Wong berkata pihak sekolah terlebih dahulu bertindak membersihkan kawasan dan memastikan keadaan kelas selamat untuk sesi pembelajaran.

“Buat masa ini kami menunggu arahan rasmi pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Seorang saksi yang juga pekerja sekolah tersebut, Faridah Wahab, 50, berkata keadaan sangat kelam kabut dengan jeritan pelajar.

Katanya keadaan ketika itu ibarat mimpi apabila melihat ribut membadai sekolah berkenaan.

“Kakak cuba bantu pelajar dan minta mereka bertenang dan Alhamdulillah keadaan semakin pulih,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati serpihan bumbung, kayu dan kaca bersepah dengan kakitangan mula membersihkan kawasan.

Ibu bapa yang berada di luar sekolah turut ditenangkan guru sekolah agar tidak cemas.

Turut hadir beberapa pegawai PPD dan pasukan penyelamat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...