Skip to main content

Lebih 50 peratus remaja amal hidup tidak sihat


SHAH ALAM -- Lebih 50 peratus golongan remaja di negara ini didapati tidak aktif dan mengamalkan cara hidup sedentari (tidak sihat), kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Chong Chee Keong.
Beliau berkata kajian Adolescent Health Survey 2017 menunjukkan 81.2 peratus remaja adalah tidak aktif manakala 50.1 peratus remaja gemar duduk sehingga tiga jam tanpa sebarang aktiviti fizikal.
"Majoriti anak muda kita tidak cukup melakukan aktiviti fizikal sepertimana disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama 60 minit setiap hari.
"Tidak aktif dalam aktiviti fizikal adalah risiko utama penyakit tidak berjangkit seperti jantung, kanser dan diabetes yang menjadi antara faktor utama kematian di negara ini," katanya pada majlis penutupan Pertandingan Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2018.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah (Survelan Penyakit) KKM Dr Norhayati Rusli.
Menurut Dr Chong, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 pula menunjukkan satu daripada tiga orang dewasa tidak cukup aktif, 47.7 peratus rakyat berlebihan berat badan serta obes yang mana wanita didapati lebih obes berbanding lelaki.
"Amalan aktiviti fizikal adalah signifikan dengan faedah kepada kesihatan dan menyumbang kepada pencegahan penyakit tidak berjangkit.
"Oleh itu, kerajaan melalui KKM memberi tumpuan kepada dasar, intervensi dan perkhidmatan kesihatan berkaitan aktiviti fizikal malah Malaysia, sebagai anggota WHO juga bersetuju mengurangkan 10 peratus ketidakaktifan dalam aktiviti fizikal menjelang 2025," katanya.
Sehubungan itu, kata Dr Chong, pertandingan kecergasan tersebut yang melibatkan pelbagai golongan termasuk remaja dilihat bertepatan dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat sentiasa aktif seterusnya mencegah penyakit tidak berjangkit.
Pertandingan dimulakan sejak 2002 itu dengan objektif mempromosi aktiviti kecergasan secara meluas melalui pelbagai acara dan peringkat umur selain melahirkan pasukan kecergasan yang aktif dalam melatih aktiviti fizikal terhadap masyarakat.
Sebanyak 50 pasukan dari seluruh negara terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa menyertai empat kategori yang dipertandingkan tahun ini - senamsihat, lompat tali (kanak-kanak dan remaja) serta Fitballrobik.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...