Skip to main content

Lebih 5,000 guru KAFA diserap ke jawatan tetap


PUTRAJAYA -- Sejumlah 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang memiliki diploma dan ijazah kini dalam proses dilantik ke jawatan tetap, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Beliau berkata mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan diberi tempoh dua tahun untuk belajar sambil bekerja bagi melayakkan dilantik secara tetap ke jawatan itu.
"Ini antara usaha yang kita lakukan bagi membela kebajikan dan menaik taraf kira-kira 32,000 guru KAFA yang sedang berkhidmat di seluruh negara.
"Bagi yang sudah memiliki diploma dan ijazah, kita akan usaha serapkan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala pemegang SPM dan STAM diberi peluang belajar pada waktu cuti dengan mengambil kursus-kursus tambah kredit sehingga melayakkan mereka diserap," katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) atau dikenali sebagai KSKCareCentre@MTMZA.
Pada Ogos lepas, Fuziah pada sesi Dewan Rakyat memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membuat satu kajian untuk menaik taraf status guru KAFA antaranya dilantik sebagai penjawat tetap dalam perjawatan.
Mengenai KSK Care Centre, Fuziah berkata pusat itu berperanan sebagai tempat rujukan yang ketika ini amat diperlukan masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling bagi mencari penyelesaian permasalahan yang dihadapi melalui kaedah rawatan dan terapi Islam. 
Beliau berkata individu, khususnya orang Islam yang mempunyai masalah sering meminggirkan diri dan merasa malu untuk mendapatkan kaunseling, satu persepsi yang perlu dihakis kerana kaunseling bukan satu hukuman sebaliknya kaedah terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
"Kita mahu masyarakat buang stigma malu untuk berjumpa dengan kaunselor kerana takut dipandang serong oleh orang sekeliling...mempunyai masalah keluarga atau ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu kesalahan. 
"Di negara barat, berjumpa kaunselor bila ada masalah adalah perkara biasa mereka. Perlu dijelaskan, kaunselor tidak akan menghukum seseorang individu itu dengan masalah yang dihadapi," katanya.
KSKCareCentre@MTMZA  mempunyai seramai 18 kaunselor dan fasilitator, beroperasi setiap hari bermula pukul 11.00 pagi hingga 1 petang.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...