Skip to main content

Lebih ringan berbanding sebat guru disiplin - MB Terengganu


KUALA TERENGGANU -- Pelaksanaan hukuman sebat mengikut syariah terhadap pasangan lesbian di Terengganu baru-baru ini adalah lebih ringan berbanding hukuman sebat dilakukan guru disiplin di sekolah, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menegaskan bahawa hukuman sebat mengikut syariah hanya bertujuan mendidik masyarakat tanpa mencederakan pesalah, beliau berkata ia tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan dan dianggap negatif.
"Saya tidak pasti sama ada pihak yang tidak bersetuju dengan perkara ini tahu atau tidak bagaimana hukuman sebat itu dijalankan. Sepatutnya mereka mendapatkan maklumat yang tepat, baca dengan mata hati kaedah hukuman sebat dijalankan kerana realitinya ia tidak teruk seperti digambarkan.
"Malah saya sendiri berbual dengan mereka yang hadir dan menyaksikan sendiri hukuman sebat itu di depan mata dan mereka katakan ia lebih ringan berbanding hukuman sebat di sekolah. Jangan samakan sebat syariah dengan sebat sivil kerana ia jauh berbeza…beratus kali beza dengan sebatan mahkamah sivil," katanya mengulas kritikan beberapa pihak berhubung hukuman itu.
Pada 3 Sept lepas, pasangan lesbian berumur 22 dan 32 tahun itu dihukum sebat enam kali selepas didapati bersalah kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu, selain didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.
Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata hukuman sebat di Terengganu bukanlah pertama kali dilaksanakan kerana Pahang, Kelantan dan Sabah pernah melaksanakannya sebelum ini, lapor Bernama.
"Hukuman dilaksanakan agensi kerajaan pusat, Jabatan Penjara... ada tatacaranya bukan secara hentam keromo sahaja.
"Hukuman yang berlaku dalam tempoh lima minit pada hari tersebut telah menghantar satu perasaan takut, menimbulkan kegerunan ke hati masyarakat seluruh dunia bahawa mereka tidak boleh melakukan perkara songsang ini. Kita juga berdoa agar budaya ini tidak wujud lagi di Terengganu," katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...