Skip to main content

Mahkamah minta kes saman Tajuddin selesai secara baik


KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi pada Rabu mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan dua lagi atas dakwaan memanggilnya dengan kata kesat ketika sidang media di lobi Parlimen, diselesaikan secara baik.
Peguam K. Murali yang mewakili Khalid memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aliza Sulaiman membuat cadangan itu semasa pengurusan kes di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam K. Shanmuga mewakili KiniTV Sdn Bhd.
Murali berkata pihaknya akan mempertimbangkan cadangan itu dan jika tiada penyelesaian dicapai oleh kesemua pihak, mahkamah menetapkan 1 dan 2 Nov serta 3 dan 6 Dis untuk perbicaraan kes, lapor Bernama.
Pada 26 April 2017, Tajuddin selaku plaintif menyaman Khalid, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan KiniTV Sdn Bhd selaku defendan selepas mendakwa Khalid telah mengeluarkan dua kenyataan berunsur fitnah terhadapnya termasuk memanggilnya dengan kata-kata yang kesat ketika mengadakan dua sidang media di lobi Parlimen, masing-masing pada 21 dan 24 Nov 2016.
Anggota Parlimen Pasir Salak, Perak itu mendakwa kenyataan pertama Khalid, yang juga Anggota Parlimen Shah Alam telah diterbitkan oleh NSTP melalui artikel bertajuk "Fury over Deputy Minister's Remark" pada 22 Nov 2016 dan kenyataan kedua defendan disiarkan di KiniTV pada 24 Nov tahun sama serta kedua-dua kenyataan itu juga diterbitkan di "You Tube", yang boleh diakses oleh orang ramai.
Dakwanya, kedua-dua kenyataan itu antara lain membawa maksud bahawa beliau tidak layak menjadi anggota Parlimen, bertindak bertentangan dengan ajaran dan budaya Islam dan telah menghantar anggota keluarganya termasuk anak, saudara-mara serta penyokongnya untuk menyerang defendan secara fizikal.
Tajuddin juga mendakwa ketiga-tiga defendan enggan mengemukakan permohonan maaf serta enggan menarik balik kenyataan fitnah itu meskipun notis tuntutan telah dihantar kepada kesemua defendan.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am,  teruk dan teladan, faedah serta kos yang sesuai oleh mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...