Skip to main content

Malaysia tiada rancangan bangunkan kuasa nuklear


KUALA LUMPUR -- Kerajaan tidak ada rancangan untuk membangunkan kuasa nuklear bagi menjana elektrik di Malaysia berikutan risiko-risiko yang berkaitan dengannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata walaupun kos pengeluaran tenaga menerusi kuasa nuklear adalah jauh lebih murah, namun kita masih kurang pengetahuan untuk mengendalikannya, terutamanya cara yang paling selamat untuk melupuskan sisa nuklear. 
"Saya bantah kuasa nuklear kerana kita ada pengalaman buruk dengan bahan yang menghasilkan radiasi di negara ini,” katanya pada Persidangan Industri Bekalan Kuasa Elektrik (CEPSI) 2018.
Dr Mahathir juga memberi contoh tragedi nuklear yang membawa bencana pada 1986, di Chernobyl, yang dianggap sebagai kemalangan loji kuasa nuklear paling buruk dalam sejarah dari segi kos dan mengorbankan banyak nyawa. 
Menurutnya, semasa tempoh beliau menjadi perdana menteri keempat, negara berdepan dengan isu amang, bahan penghasil radiasi yang asalnya digunakan sebagai bahan dalam pengeluaran televisyen warna.
Sebagai resolusinya, bahan itu dikambus di kawasan meliputi satu kilometer persegi, yang menyebabkan kehilangan kawasan bagi pembangunan masa depan. 
"Apa yang kita pelajari daripada ini adalah sisa buangan daripada bahan radiasi bukan mudah untuk dilupuskan,” katanya, lapor Bernama.
Dr Mahathir berkata prinsip yang sama terpakai bagi loji nuklear apabila tiba di peringkat untuk melupuskan sisa bahan nuklear. 
"Walaupun sains semakin bertambah maju dalam bidang elektrik tetapi sains tidak dapat menangani sisa bahan nuklear selepas ia tidak lagi menjadi sumber kuasa.  
"Ia mungkin lebih murah untuk menjana kuasa daripada bahan nuklear tetapi kita tidak akan melakukannya kerana kita tidak pasti kita boleh melupuskan sisanya,” katanya.
Beliau berkata kemalangan nuklear yang membawa bencana disebabkan kegagalan loji kuasa nuklear di Jepun dan Ukraine adalah contoh risiko-risiko berkaitan dengan penjanaan kuasa nuklear.  
"Saya percaya yang kita masih belum cukup arif tentang bahan nuklear untuk menggunakannya sama ada ketika aman atau dalam peperangan,” katanya. 
Dr Mahathir berkata negara akan terus menggunakan sumber fosil seperti bahan api dan arang batu serta hidro untuk menjana elektrik. 
"Kita ada banyak arang batu di Malaysia tetapi setakat ini kita masih belum menggunakan sepenuhnya arang batu di Malaysia," katanya sambil menambah kawasan-kawasan yang berpotensi antara lainnya termasuklah Selangor, Sabah dan Sarawak.
"Rasanya kita akan dapat membekalkan elektrik yang mencukupi ke negara ini bagi tempoh jangka panjang,” katanya. 
Sementara itu, mengenai kenderaan elektrik (EV), beliau berkata masih lama lagi untuk EV menggantikan enjin pembakaran dalaman (ICE) sebagai teknologi kereta utama disebabkan kekangan kos. 
"Bateri menelan kos yang tinggi dan harga kereta akan menjadi dua kali ganda sekiranya ada mahu menggunakan kereta elektrik berbanding ICE.
“Kita akan menggunakan enjin pembakaran dalaman untuk tempoh yang lama lagi,” katanya.  
Persidangan enam hari itu yang bermula semalam, menarik lebih 2,000 peserta dari 30 negara untuk berkongsi idea dan pandangan berkenaan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada industri bekalan kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...