Skip to main content

Manfaat Food Bank untuk isi rumah bawah RM940


MELAKA -- Seramai 186,354  Ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM940 sebulan bakal menerima manfaat dalam Program Food Bank Malaysia yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi meringankan beban golongan itu. 
Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata projek pengumpulan lebihan dan pengagihan makanan itu merupakan program anjuran bersama pasar raya-pasar raya utama di negara ini dan Melaka menjadi negeri perintis bagi program tersebut. 
“Ini merupakan satu inisiatif peduli rakyat bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kesan daripada kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan di Malaysia. 
“KPDNHEP sedang merancang percubaan bagi program Food Bank Malaysia bersama pasar raya-pasar raya utama di seluruh negara sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara pada awal tahun hadapan (2019),” katanya pada sidang media selepas merasmikan projek perintis program Food Bank Malaysia peringkat negeri Melaka di Tanjung Kling. 
Beliau berkata program tersebut telah dilaksanakan sebelum ini membabitkan pengendali pasar raya besar Tesco yang dimiliki Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menerusi projek 'Tesco Food Surplus Donation' pada 2016. 
Terdahulu, sebanyak 25 keluarga di negeri ini terpilih untuk menerima pelbagai barangan keperluan isi rumah hasil keprihatinan Tesco dalam usaha meringankan beban golongan memerlukan.
Saifuddin Nasution berkata program tersebut juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengurangkan pembaziran makanan selaras dengan komitmen Malaysia di peringkat global di bawah matlamat pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor Bernama.
“Matlamatnya adalah bagi mencapai pengurangan setengah daripada lebihan makanan daripada keseluruhan yang dikeluarkan menjelang 2030. 
"Sehubungan itu saya menyeru dan menjemput rangkaian peruncit, pengilang dan industri perhotelan di negara ini turut serta bersama-sama KPDNHEP dalam menjayakan program Food Bank Malaysia," katanya. 
Menurut beliau sehingga kini, KPDNHEP sudah mengenalpasti Kenchara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation sebagai rakan strategik bagi pengumpulan data golongan sasar dan pengedaran makanan kepada golongan memerlukan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...