Skip to main content

Mengenang pelakon bakat besar Nordin Ahmad


SABAK BERNAM -- Bagi mengenang dan menghargai bakat pelakon Melayu klasik Allahyarham Nordin Ahmad dalam industri lakonan dan perfileman negara, sebuah rumah diberi nama 'Rumah Nordin Ahmad' diwujudkan di Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar di sini.

Rumah dua tingkat yang mempunyai dua bilik itu, dibina dengan kerjasama Kelab Filem dan Muzik Melayu dan pertubuhan Komuniti Rumah Kayu, Sungai Besar.

Wakil Kelab Filem dan Muzik Melayu, Hidir Ali Razali berkata rumah berkenaan mempunyai ciri hampir sama dengan rumah asal pelakon klasik 50-an itu.

"Secara peribadi, saya sendiri mengagumi bakat lakonan Allahyarham dan apabila Komuniti Rumah Kayu bertemu dengan saya dan berhasrat mewujudkan Rumah Nordin Ahmad di tanah milik mereka di sini, dua tahun lepas, saya sangat teruja untuk beri komitmen dalam perkara itu.


"Walaupun figura ini anak kelahiran Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang, apabila ada komuniti di Selangor yang berbesar hati mewujudkan satu tempat sebagai mercu tanda yang boleh kita kenang siapa itu Nordin Ahmad, bagi saya itu sangat bermakna, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan 'Rumah Nordin Ahmad'.

Turut sama merasmikan rumah berkenaan ialah selebriti tanah air, Datuk Rosyam Nor.

Hidir Ali berkata rumah tersebut turut dilengkapi maklumat dan potret daripada koleksi peribadi Nordin Ahmad.

"Saya dan rakan-rakan daripada kelab turut menyumbang gambar pelakon itu yang kita peroleh daripada pelbagai pihak.

"Kita turut mempertontonkan visual filem-filem pernah dilakonkan Nordin Ahmad di rumah ini bagi mendekatkan peminat dengan Allahyarham, dan mereka juga boleh bermalam di rumah ini dengan hanya  RM120 semalam," katanya.

Sementara itu, Rosyam berkata kewujudan rumah tersebut merupakan langkah tepat dalam menghargai seniman hebat seperti Nordin Ahmad.

Beliau berkata pelakon yang mampu membawa pelbagai watak sehingga meninggalkan kesan di hati penonton termasuk dalam beberapa filem seperti Panggilan Pulau, Semerah Padi dan Belantara itu, wajar dihargai.


"Secara peribadi, saya sifatkan Nordin Ahmad sebagai seorang seniman meruntun jiwa, ini kerana apabila beliau berlakon, lakonannya terasa di jiwa penonton.

"Saya harap selepas ini lebih ramai pihak yang dapat mencontohi langkah Komuniti Rumah Melayu sebagai usaha memartabatkan lagi golongan seniman di Malaysia," katanya.

Bagi Norman Shah, 62, anak kepada Nordin Ahmad, beliau melahirkan rasa terharu kerana ada pihak yang sudi membina rumah tersebut bagi menghargai bakat lakonan bapanya.

Beliau berkata dengan kewujudan rumah itu secara tidak langsung dapat menaikkan serta memartabatkan kembali nama Nordin Ahmad.

"Pada saya usaha mereka ini satu penghargaan yang amat bermakna kepada kami sekeluarga,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...