KUALA LUMPUR -- MIC menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS sebagai blok pembangkang tanpa melibatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
Presidennya Tan Sri S. A. Vigneswaran optimis hala tuju parti itu akan menjadi lebih baik sekiranya dapat bekerjasama dengan PAS pada masa hadapan.
“Saya telah berjumpa dan menyampaikan hasrat itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beliau menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan MIC.
“Tok guru (Abdul Hadi) juga telah memberi jaminan bahawa kerjasama tersebut tidak akan menjejaskan prinsip dan kepercayaan agama masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, lapor Bernama.
Mengenai maklum balas anggota parti berhubung hal itu, Vigneswaran percaya prinsip kerjasama itu diterima baik oleh anggota MIC.
Mengenai kedudukan MIC dalam BN, beliau berkata MIC akan mengadakan pertemuan dengan UMNO dan MCA berhubung perkara itu.
Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas menyaksikan BN kalah selepas 61 tahun menerajui kerajaan dan MI
Comments
Post a Comment