Skip to main content

Musim umrah 1440H bermula pada Muharam


KUALA LUMPUR -- Kerajaan Arab Saudi hari ini mengumumkan musim umrah bagi tahun baharu 1440H akan dimulakan lebih awal iaitu pada bulan Muharram, iaitu bulan pertama dalam kalendar Hijrah yang akan disambut oleh umat Islam seluruh dunia dalam masa kurang daripada 10 hari lagi.
Inilah kali kedua sejak tahun lepas, Arab Saudi menetapkan permulaan musim Umrah di bulan Muharram berbanding tahun-tahun sebelumnya yang biasanya bermula pada bulan Safar, iaitu bulan kedua dalam kalendar Hijrah.
 Akhbar harian berbahasa Arab Saudi “Okaz” yang memetik kenyataan Kementerian Haji dan Umrah, melaporkan bahawa perubahan itu bertujuan meningkatkan jumlah jemaah, selaras dengan Visi Kerajaan Arab Saudi 2030.
“Kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Arab Saudi bagi mengeluarkan visa umrah untuk musim ini,” kata kenyataan itu sebagaimana dilaporkan harian “Okaz” di Riyadh.
Sementara itu, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Dr Abdul Fattah Suleiman Mashat berkata, kerajaan Arab Saudi menyasarkan bilangan jemaah dari negara luar yang mengerjakan Umrah akan meningkat kepada 15 juta menjelang tahun 2022 dan kepada 30 juta jemaah pada 2030, selari dengan visi kerajaan Saudi.
Menurut akhbar itu, bilangan jemaah luar negara yang mengerjakan umrah telah melepasi angka tujuh juta orang pada tahun lepas.
Menurut Mashat kerajaan Saudi telah memulakan penyusunan semula serta penambahbaikan dalam urusan haji dan umrah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah.
Tahun lepas, Riyadh mengumumkan Visi Saudi 2030, yang bertujuan mengurangkan pergantungan kepada minyak sebagai sumber pendapatan utama dan mempelbagaikan pendapatan kewangan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...