Skip to main content

Najib bayar wang jaminan RM1 juta


KUALA LUMPUR -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.282 bilion, hari ini membayar jaminan RM1 juta daripada jumlah keseluruhan RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis..
Najib, 65, yang memakai baju kemeja merah jambu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.55 pagi dan terus menuju ke kuanter bayaran jamin Mahkamah Sesyen bagi menandatangani dokumen ikat jamin.
Bayaran jamin itu dibuat anak lelaki Najib iaitu Mohammed Nizar dan seorang individu bernama Mohd Shahrir Arifin selaku penjamin.
Bagaimanapun, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor tidak kelihatan.
Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan kemudiannya beredar dari mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna MPV Toyota Vellfire berwarna putih pada kira-kira pukul 11 pagi, lapor Bernama.
Sebelum beredar, Najib memberitahu pemberita bahawa beliau telah menjelaskan bayaran jaminan RM1 juta seperti yang ditetapkan oleh mahkamah semalam.
“Saya sudah bayar (RM1 juta) seperti mana yang ditetapkan dan bakinya saya akan bayar sikit-sikit,” katanya.
Semalam, Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarkan Najib diikat jamin RM3.5 juta dengan dua penjamin dan menetapkan 16 Nov untuk sebutan semula kes.
Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib untuk membayar jaminan itu secara ansuran iaitu RM1 juta dibayar pada hari ini dan RM500,000 setiap hari sebelum atau menjelang 28 Sept.
Semalam, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama.
Najib sebelum ini didakwa dengan tujuh pertuduhan jenayah pada Julai dan Ogos lepas dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sementara menunggu sebutan semula kes pada 4 Okt.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...