Skip to main content

Najib, Jho Low akan dipanggil beri keterangan kepada PAC


KUALA LUMPUR -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen menyenaraikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak sebagai antara 18 saksi berpotensi dipanggil berkenaan siasatan semula syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu kenyataan pada Khamis, pengumuman itu hadir selepas jawatankuasa itu semalam mengumumkan untuk memanggil Najib yang juga bekas menteri kewangan berhubung isu tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion 17 Okt ini.  
Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata selain Najib, ahli perniagaan Low Taek Jho yang pernah bertugas sebagai Penasihat Khas Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ia ditukar kepada 1MDB juga berpotensi dipanggil.
"Kedua-dua mereka sebelum ini tidak dipanggil PAC oleh PAC Parlimen ke-13. Keterangan daripada mereka (Najib dan Jho Low) amat penting dalam membantu jawatankuasa ini melengkapkan siasatan secara komprehensif,” katanya. 
Ronald berkata semua ahli PAC Parlimen bersetuju menetapkan 29 Oktober ini sebagai prosiding pertama siasatan semula 1MDB dan akan memanggil  bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bagi memberikan keterangan di hadapan PAC Parlimen.
Penetapan tarikh itu diputuskan selepas anggota PAC parlimen mengadakan satu perbincangan khas mengenai siasatan semula syarikat 1MDB pada 25 Sept lepas, kata Ronald, lapor Bernama.
Beliau berkata Ambrin adalah Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat 1MDB dan beliau telah membentangkan laporannya pada Mac tahun 2016 kepada PAC Parlimen penggal ke-13.
Ronald berkata PAC pada 9 Oktober ini akan turut mendapatkan taklimat khusus daripada firma audit Pricewaterhouse Coopers (PwC) yang dilantik Kementerian Kewangan sebagai perunding 1MDB.
"Taklimat daripada PwC ini amat penting kepada PAC PArlimen dalam memastikan jawatankuasa ini mengetahui status terkini syarikat 1MDB terutama sekali berkaitan kedudukan kewangannya,” katanya.
Katanya, PAC Parlimen menggariskan 10 terma rujukan (terms of reference -TOF) yang akan digunakan sebagai rujukan jawatankuasa sepanjang prosiding syarikat 1MDB berlangsung termasuk menggunakan dua laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang diterbitkan 2016 dan 2017.
"Selain menetapkan terma rujukan baharu untuk prosiding 1MDB, prosiding pertama siasatan semula syarikat 1MDB ini adalah sesuai dengan usul yang diluluskan Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 Ogos lepas.
PAC Parlimen telah bersidang serta mendapat taklimat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad pada 30 Ogos dan 4 Sept lepas berhubung Laporan Pengauditan syarikat 1MDB, katanya.
Pada 19 Julai lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Najib telah dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berkaitan siasatan kes 1MDB.
Semalam, Ronald berkata selain Najib, PAC akan memanggil Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah Oktober ini untuk menjelaskan mengenai prosiding tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion.
Najib yang juga bekas Menteri Kewangan akan dipanggil pada 17 Oktober depan manakala Guan Eng pula akan dipanggil pada 22 Okt sementara Irwan Serigar pula akan dipanggil pada 16 Okt depan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...