Skip to main content

Najib perlu jelaskan penyusutan RM11.4 bilion dalam akaun hasil


PUTRAJAYA -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan alasan penyusutan sehingga 96 peratus atau RM11.41 bilion dalam Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2017 sehingga tempoh 30 April, 2018, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. 
Dalam satu kenyataan pada Ahad, beliau berkata Najib sebaliknya hanya meninggalkan sejumlah RM450 juta kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan.
"Pada 31 Disember 2017, sebanyak RM11.86 bilion di dalam Akaun Hasil Disatukan telah merosot kepada RM450 juta pada 30 April 2018 berikutan perbelanjaan berlebihan untuk tempoh empat bulan dari Januari 2018 hingga April 2018.
"Jelas ini adalah 'perbelanjaan pilihan raya umum' yang digunakan untuk cuba membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu," katanya. 
Jelas Lim, sebagaimana ditetapkan undang-undang, kerajaan hanya boleh menggunakan Akaun Hasil Disatukan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan, lapor Bernama.
"Bayangkan, hanya ada RM450 juta sahaja yang boleh dibelanjakan untuk membayar emolumen (gaji) dan pencen sedangkan untuk (tujuan) ini sahaja kerajaan memerlukan lebih RM8 bilion sebulan. 
"Atau adakah Najib masih lagi keliru untuk membezakan atau memahami apa sebenarnya kandungan Hasil Akaun Disatukan walaupun beliau memegang jawatan Menteri Kewangan selama 10 tahun?"
Selain itu, Lim berkata Najib tidak sepatutnya berpura-pura mengenai kedudukan fiskal sebenar dengan menegaskan bahawa BN telah meninggalkan puluhan bilion ringgit kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan walaupun hakikatnya cuma ada RM450 juta sahaja. 
"Beliau tanpa usul periksa, mempersoalkan kesahihan penyata kewangan bagi April 2018 yang belum diaudit dan secara tidak langsung menuduh saya memanipulasi angka-angka tersebut.
"Sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau sepatutnya arif bahawa penyata kewangan bulanan Kerajaan Persekutuan itu disediakan secara berasingan oleh Jabatan Akauntan Negara," katanya. 
Menurutnya, Najib juga sepatutnya tidak mempersoalkan kredibiliti penyata kewangan bulanan tersebut dan pada masa sama telah gagal untuk menyedari bahawa Menteri Kewangan masih belum mengangkat sumpah sewaktu penyata kewangan bulanan untuk 30 April 2018 yang belum diaudit itu disediakan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...