Skip to main content

Nepotisme? Kami dipilih oleh rakyat - Wan Azizah


PETALING JAYA -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata persoalan nepotisme tidak timbul dan sekarang adalah masa yang tepat bagi presiden PKR yang dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil untuk membolehkan beliau menjadi anggota parlimen dan kembali ke Dewan Rakyat.
Menurut Dr Wan Azizah, suaminya dipenjarakan selama beberapa tahun dan kini beliau kembali semula untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Beliau telah dipenjarakan selama 10, 11 tahun sekarang, apa maksud anda? Dan anda mahu memperkatakan tentang tidak sabar-sabar? Sekarang adalah masa yang baik dan beliau masih mahu berkhidmat. Beliau (sebelum ini) dinafikan untuk berada di parlimen, ia (peluang itu) dinafikan daripadanya,” katanya kepada pemberita selepas melawat ke OrphanCARE.
Dr Wan Azizah berkata demikian sebagai respons kepada soalan kenapa Anwar tidak menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pilihan raya kecil parlimen Port Dickson adalah pilihan raya ketiga diadakan yang memihak kepadanya.
Ditanya tentang nepotisme di parlimen berikutan kemunculan kembali suami beliau dan anak perempuan mereka, Nurul Izzah Anwar juga seorang Anggota Parlimen, Dr Wan Azizah berkata: “Ada masalah kah? Sebab saya ingat kami dipilih oleh rakyat”. 
Kerusi parlimen Port Dickson dikosongkan bagi Anwar untuk beliau bertanding selepas penyandangnya, Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya.
Dalam PRU14, Danyal memenangi kerusi itu dengan majoriti  17,710 undi mengalahkan calon BN dan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...