Skip to main content

Notis saman DBKL tertunggak sebanyak empat juta


KUALA LUMPUR -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan kira-kira empat juta notis saman kepada pesalah trafik melibatkan pelbagai kesalahan termasuk notis tertunggak sejak 2006. 
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata daripada jumlah itu hanya 104,646 notis saman dijelaskan membabitkan nilai kira-kira RM3.2 juta sejak DBKL menawarkan potongan diskaun kepada pesalah trafik bermula 1 Sept lepas. 
"Bagi mengelak pesalah dibawa ke mahkamah dan disenarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mereka dinasihatkan supaya menjelaskan kompaun kesalahan trafik sebelum 30 Sept ini," katanya.
Tegasnya proses tindakan mahkamah dan disenarai hitam itu akan dikuatkuasakan serta merta selepas tempoh tawaran tamat pada hujung bulan ini, lapor Bernama.
DBKL sebelum ini menawarkan kadar khas kompaun serendah RM20 kepada pesalah trafik yang belum menjelaskan notis kompaun kesalahan tempat letak kenderaan bermeter dan lalu lintas bermula 1 Sept hingga 30 Sept ini.
Kompaun khas RM20 diberikan bagi pengguna motosikal, RM30 bagi kereta, MPV, van, lori kecil, pikap, 4WD dan SUV, manakala RM50 bagi kenderaan berat seperti lori besar, bas, kren, traktor dan treler.
Namun kadar khas itu tidak termasuk bagi kesalahan yang sudah disenarai hitam (status W) dan kes-kes mahkamah (U), sebutan mahkamah (M) dan waran tangkap (W), katanya.
Bayaran kadar khas itu boleh dibuat di beberapa lokasi antaranya kaunter bayaran dan kiosk DBKL, pejabat pos, aplikasi mudah alih DBKL Mobis dan portal dalam talian www.myeg.com atau e-bayar.

Comments

Popular posts from this blog

Kementerian Pendidikan nafi tak sambung kontrak syarikat kawalan keselamatan

KUALA LUMPUR -- Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bahawa kementerian tidak menyambung kontrak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang tamat tempoh pada 31 Dis lepas. Dalam satu kenyataan, KPM menegaskan kesemua kontrak yang tamat tempoh itu telah ditender semula mengikut keperluan semasa, norma baharu kementerian. "KPM tidak pernah menganiaya mana-mana pihak dalam perkara ini dan tidak pernah menamatkan perkhidmatan 12,000 pengawal keselamatan seperti yang didakwa PIKM. "Kontrak yang ditender semula disertai oleh syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan berdasarkan keperluan semasa seperti bilangan syif dan pekerja," kata kenyataan itu. KPM berkata syarikat yang pernah mendapat kontrak daripada kementerian sebelum ini juga menyertai proses tender yang dijalankan secara adil, telus dan penuh berintegriti. Presiden PIKM Datuk Seri Mu

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer of Proton E

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari dengan Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman 10 daripada mereka termasuk tujuh penjawat awam terbabit sehingga Jumaat ini. Empat pem