Skip to main content

PAS bagi jalan kepada UMNO di PRK Port Dickson


KUALA TERENGGANU -- PAS akan memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat parti semalam yang turut bersetuju menyokong UMNO dalam pertandingan menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut.
“Kita telah berbincang mengenai PRK Port Dickson semalam iaitu kita bagi laluan pada UMNO untuk bertanding. Kita lebih suka kalau bertanding satu lawan satu. Jadi, kita akan memberi sokongan seperti yang dilakukan UMNO kepada PAS di PRK DUN Seri Setia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS ke-57 di sini oleh Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dan turut dihadiri Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Dalam satu sidang media semalam, Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan beliau mengosongkan kerusi Parlimen itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.
Sementara itu, Nik Muhammad Zawawi berkata ketiadaan calon PAS pada PRK Port Dickson tersebut antara bentuk kesepakatan dan persefahaman yang terjalin walaupun tidak dimeterai di atas kertas (secara rasmi).
Jelasnya, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kem pembangkang sudah sebulat suara untuk meletakkan hanya satu calon sahaja pada mana-mana PRK.
“Kami sudah ada kesepakatan iaitu kita bentuk kekuatan yang ada termasuk Sabah, Sarawak, iaitu apabila mana-mana kawasan ada PRK, hanya ada satu wakil sahaja daripada pakatan pembangkang. Ini persefahaman antara kami,” katanya, lapor Bernama.
Menyentuh mengenai kerjasama PAS-UMNO, Mahfodz berkata ia bukan untuk tujuan politk semata-mata tetapi turut melibatkan kepentingan agama dalam mengembangkan syiar Islam sebagai jalan  penyelesaian  kepada masalah negara dan dunia. 
“Kita yakin, anggota PAS termasuk dari akar umbi bijaksana (dalam menilai kerjasama PAS-UMNO),” katanya menambah kerjasama itu bukan hanya dengan UMNO tetapi juga parti lain selagi ia membawa situasi ‘menang-menang’ kepada Islam dan PAS. 
Sementara itu Hashim dalam ucapannya berkata UMNO hadir kepada PAS dalam keadaan yang lemah selepas kekalahan teruk pada PRU14.
Menurutnya PAS ketika itu, bersendirian dan hanya disokong parti-parti kecil seperti Ikatan dan Berjasa melalui Gagasan Sejahtera dan kerjasama PAS-UMNO merupakan pengalaman gerakan politik baharu selepas '’tidak sebulu'’ dengan Pakatan Harapan.
“Pengalaman ini cabaran besar kepada Dewan Ulama untuk bermuhasabah  dan menjelaskannya kepada anggota PAS mengenai persengketaan politik dan masalah walla’,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...