Skip to main content

PAS harap kelemahan dan ketidakadilan dalam SPR disemak semula


KUALA LUMPUR -- PAS berharap pelantikan Azhar Azizan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu akan membolehkan sebarang kelemahan, ketidakadilan dan sisi sewenang-wenang yang wujud dalam suruhanjaya itu dan amalan pilihan raya selama ini disemak semula.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata perkara yang perlu diteliti itu termasuk isu persempadanan kawasan pilihan raya terutama persoalan wajaran atau ‘weightage’ antara bandar dan luar bandar.
“Sebagai sebuah parti politik berpengalaman terlibat dalam kesemua pilihan raya yang pernah diadakan di negara ini, PAS turut bersedia memberikan pandangan, cadangan mahupun kritikan yang membina bagi menambah baik sistem pilihan raya negara,” katanya.
Takiyuddin berkata PAS juga mengharapkan Azhar diberikan sepenuh kuasa autonomi di bawah undang-undang tanpa sebarang gangguan, sekatan atau pengaruh daripada mana-mana pihak dalam menguruskan proses pilihan raya yang adil dan telus.
 PAS percaya intergriti SPR dan pilihan raya yang diuruskannya merupakan syarat paling penting dalam memelihara, menyuburkan sekali gus mempertahankan ciri demokratik negara dan masyarakat Malaysia, selain berperanan memastikan pilihan dan kehendak rakyat benar-benar dihormati dan diwakili.
Dalam pada itu PAS juga berharap pemilihan Azhar dibuat atas merit berdasarkan latar belakang baik beliau dalam bidang perundangan serta pengalaman luas terutama dalam bidang litigasi di mahkamah.
“Sebagai seorang profesional adalah diharapkan Pengerusi SPR yang baharu akan bertindak secara telus, tidak memihak dan dapat menjalankan reformasi penuh bagi mengembalikan integriti serta tahap keyakinan awam kepada institusi utama pilihan raya negara ini,” katanya, lapor Bernama.
Ketua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar dalam kenyataan hari ini berkata Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR baharu menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai lepas.
Azhar, 56, juga dikenali dengan panggilan mesra Art Harun, yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya dan Sarjana Undang-undang dari King's College, University of London,  kini berkhidmat sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azhar & Goh dan mempunyai kepakaran dalam undang-undang pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...