Skip to main content

PAS perlu politik moden dan strategi eksklusif hadapi PRU15.


KUALA TERENGGANU -- Muktamar Tahunan PAS ke-64 membuka tirainya pada Khamis dengan menawarkan politik moden dan strategi perang eksklusif kepada parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Muktamar kali ini sudah dijangka akan menjadi medan perbincangan halu tuju PAS menghadapi PRU15 dengan sasaran utama untuk bekerjasama dengan UMNO sebagai pembangkang.

Nada sama disuarakan pimpinan dan perwakilan daripada Muktamar Dewan Ulama PAS ke- 57 dan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-59.

Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama berkata UMNO hadir kepada PAS dalam keadaan lemah selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Dewan Pemudanya Muhd Khalil Abdul Hadi pula melahirkan kepercayaan dan strategi perang berasaskan penekanan khusus kepada politik anak muda perlu diambil kira jika parti ingin menguasai pentas politik pada PRU15. 

Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia Dr Syed Agil Syed Alsagoff melihat PAS tidak boleh bergerak sendirian bagi memenuhi matlamat perjuangan politiknya.

PAS memerlukan rakan parti politik yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan agenda politik yang lebih besar dan bersedia untuk memimpin negara sekiranya mendapat sokongan daripada rakyat nanti, katanya.

Beliau berkata agenda memperjuangkan syiar Islam yang diwarwarkan memperlihatkan perlu adanya suatu persepakatan yang kukuh.dalam hal ini iaitu PAS harus bekerjasama dengan UMNO di bawah satu bumbung gagasan politik baharu bagi merealisasikan impian dan hasratnya.

 “Bukan setakat itu sahaja, PAS harus juga harus belajar menerima dan berkongsi agenda politik dengan parti lain yang juga sebahagian daripada BN seperti MCA dan MIC bagi menguatkan barisan kepemimpinan pembangkang pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengulas lanjut, pakar geostrategis daripada Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan pula mengingatkan setiap tindak tanduk kerajaan negeri pimpinan PAS iaitu di Kelantan dan Terengganu perlu selari dengan kehendak Islam dan berusaha mempertingkat martabat Islam.

Dengan cara ini lebih mudah bagi UMNO berada bersama dan pertahan tindakan PAS. Bagi UMNO pula yang mempunyai Perlis dan Pahang perlu juga seiring dengan PAS dalam pertahan agama dan bangsa.

Dengan pentadbiran empat negeri ini maka keyakinan dapat dipamerkan kepada rakyat bahawa kerjasama bukan hanya untuk kepentingan politik tetapi juga untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...