Skip to main content

PAS tawar bantu UMNO di Port Dickson


KUALA NERUS -- PAS bersedia menawarkan jenteranya kepada UMNO sekiranya parti berteraskan melayu itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menentang Pakatan Harapan.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS mempunyai  kekuatan anggota dan penyokong di Parlimen tersebut yang boleh digerakkan bagi membantu jentera UMNO menghadapi pilihan raya itu
“ Kita ada cawangan di sana. Anggota dan penyokong pun ada, jadi mereka boleh jadi jentera di samping jentera lain dari luar Negeri Sembilan.
“(Jumlah) Bantuan itu kita ikut keperluan mereka  tetapi tunggu nama calon dulu, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), di Stadium Tertutup Gong Badak, lapor Bernama.
Turut hadir, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed dan Ketua DHPP, Balasundram Nachiappan.
Abdul Hadi berkata PAS  juga yakin akan berlaku peningkatan terhadap undi pembangkang pada PRK tersebut berdasarkan keputusan PRK DUN Sungai Kandis dan DUN Seri  Setia, Selangor baru-baru ini.
“Pengalaman di Seri Setia dan Sungai Kandis jadi satu pengalaman. Kalau Sungai Kandis itu masuk gear satu, Seri Setia dah masuk gear tiga.
KIta anggap itu peluang untuk adakan latihan bersama. Kalau tentera boleh buat latihan bersama antara negara maka pilihan raya kita juga boleh buat latihan bersama,” katanya.
Beliau berkata dalam negara demokrasi mana-mana wakil rakyat boleh melepaskan jawatan dan sesiapa juga boleh bertanding pada sesuatu pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...