Skip to main content

PD kelangsungan politik Anwar


PORT DICKSON -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan nama yang asing dalam politik tanah air dan turut mempunyai karisma tersendiri yang membuatkan beliau turut dikenali di peringkat antarabangsa.
Beliau adalah tokoh yang menjadi penggerak utama agenda reformasi yang akhirnya membawa satu perubahan dalam landskap politik negara melalui perjuangan yang penuh liku.
Terkenal dengan retorik pidato yang mampu membangkitkan semangat mereka yang mendengar, Anwar memiliki pengalaman luas dalam politik dan pentadbiran negara yang sekali gus meletakkan beliau lebih terkehadapan berbanding pencabarnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.
Apatah lagi, tawaran yang dibawa oleh calon Pakatan Harapan itu untuk pengundi di kawasan itu juga lebih meyakinkan.
Dilahirkan pada 10 Okt 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Anwar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell.
Beliau menyambung ke pengajian menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar dari 1960 hingga 1966 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya dari 1967 hingga 1971.
Anwar mula terlibat dalam politik apabila menyertai UMNO pada 1982 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-6 pada tahun yang sama.
Beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan menang kerusi tersebut dan seterusnya mempertahankan kerusi itu dalam beberapa lagi pilihan raya umum.
Anwar meningkat naik cukup pantas dalam politik apabila dilantik ke pelbagai jawatan dalam Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bermula sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1982, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1984), Menteri Pendidikan (1986) dan Menteri Kewangan (1991).
Beliau yang dianggap sebagai 'anak didikan' Mahathir kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993 sebelum dipecat pada 1998.
Selepas dipecat daripada kerajaan, Anwar dipenjara atas tuduhan liwat dan bermulalah laungan reformasi yang akhirnya membentuk penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selepas dibebaskan daripada penjara pada 2004 dan disekat daripada terlibat politik selama lima tahun, Anwar kembali ke pentas politik dengan menjadi calon dalam PRK Permatang Pauh pada 2008.
Beliau yang menang PRK itu kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, namun terpaksa pulang ke penjara semula pada 2015 atas tuduhan liwat sekali lagi sebelum mendapat pengampunan diraja pada 16 Mei lalu.
Selepas lebih 20 tahun melalui perit jerih perjuangan politik sebagai pembangkang, ia akhirnya berbaloi apabila berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang telah mentadbir negara selama 61 tahun.
Kini, PRK Port Dickson menjadi platform bagi Anwar untuk meneruskan agenda reformasi dalam negara dan kemenangan dalam pilihan raya itu juga akan membolehkan Negeri Sembilan memiliki seorang perdana menteri yang dilantik dari negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...