Skip to main content

Pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar ditolak


KUALA LUMPUR -- Persidangan Dewan Negara pada Rabu menolak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.
Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran, selepas undi belah bahagian menyaksikan 28 anggota dewan tidak menyokong pemansuhan akta itu berbanding 21 yang menyokong, manakala tiga yang lain memilih untuk tidak mengundi.
Usul undi belah bahagian dikemukakan Senator Khairul Azwan Harun sebaik sahaja Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin selesai menggulung RUU itu untuk bacaan kali kedua.
Bagi mengikut Peraturan 45 (4), Vigneswaran kemudiannya mengarahkan loceng dibunyikan selama dua minit bagi membolehkan proses undi belah bahagian dijalankan.
RUU itu yang bertujuan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos 2018 setelah bacaan kali ketiga, lapr Bernama.
Sementara itu, Mohamed Hanipa ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen menyifatkan tindakan Anggota Dewan Negara yang menolak pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 pada persidangan dewan hari ini bertujuan untuk memalukan kerajaan Pakatan Harapan.
"Saya fikir mereka sebenarnhya hanya mahu melambat-lambatkannya untuk memalukan Pakatan Harapan tapi okey, tak mengapa. Tak ada masalah. Saya tak marah, saya gembira.
"...Bagi kami ia bukanlah perkara yang perlu disegerakan, namun sudah tentu kami mahu ia dipercepatkan. Jika mereka hendak menangguh-nangguhkannya, terpulanglah kepada mereka. Saya cuma hendak menyampaikan mesej kepada Senator Barisan Nasional bahawa rakyat sedang memerhati," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamed Hanipa, ketika ditanya mengenai tindakan yang perlu dilakukan selepas usul berkenaan ditolak berkata ia akan dibawa semula ke Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...