Skip to main content

Pembangkang berbohong - Khalid Samad


KUALA LUMPUR -- Dakwaan kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mempertahankan Institusi Raja adalah satu pembohongan dibuat pembangkang, kata Menteri Wilayah Abdul Khalid Samad.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Shah Alam berkata kerajaan tidak sesekali akan bertindak demikian dan menurutnya dakwaan pembangkang itu hanyalah tuduhan bagi meraih sokongan rakyat.
"Saya difahamkan pada 1 Sept lepas ada satu program politik di Perak yang mahu membela nasib Melayu dan Islam. Mereka tuduh kerajaan PH ingin jatuhkan dan hapuskan Sistem Raja Berperlembagaan serta jadikan Malaysia sebuah republik.
“Saya tegaskan ia pembohongan untuk melagakan rakyat. Pembangkang terdesak dan tiada isu, hanya gunakan isu kaum dan agama. Saya nak ingatkan rakyat khususnya orang Melayu supaya tidak tertipu dengan mainan politik seperti ini," katanya dalam sidang media di Menara DBKL.
Khalid kemudiannya merasmikan acara pelancaran dan penyerahan 5,000 pelekat 'Daulat Tuanku' daripada Pertubuhan Warisan Negara untuk edaran kepada orang ramai sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 9 Sept ini.
Pengarah Komunikasi parti Amanah itu berkata sebaliknya kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang sebenarnya mengabaikan kepentingan dan kedudukan Institusi Raja.
"Sebelum ini, BN yang mengetepikan surat rasmi Raja-Raja Melayu yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung isu 1MDB dan kuasa pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong di dalam Majlis Keselamatan Negara," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Khalid mengumumkan DBKL akan memberi diskaun 70 peratus daripada jumlah kompauan tertunggak dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan trafik DBKL berkuat kuasa 1 Sept selama sebulan.
Khalid berkata kutipan sebenar pesalah-pesalah trafik DBKL yang  direkodkan sejak 2014 sehingga Ogos tahun ini mencecah RM924 juta sekiranya tidak diberikan diskaun.
Kerajaan menyasarkan pulangan kutipan keseluruhan menerusi diskaun diberikan itu berjumlah RM100 juta berbanding kutipan sebenar, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...