Skip to main content

Pengawal keselamatan berdepan hukuman mati bunuh rakan


PARIT -- Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Rabu atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya di pos pengawal sebuah kilang ubat di Seri Iskandar, bulan lepas.
Mohd Halin Jabar, 52, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan bunuh menyebabkan kematian ke atas Masri A/L Pandak, 37, di pos pengawal Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd, Lot 120 Taman Farmaseutikal di Seri Iskandar kira-kira pukul 7.55 malam, 31 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 31 Okt depan untuk sebutan semula kes dan menunggu laporan bedah siasat ke atas mangsa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Bernama.
Terdahulu, di Mahkamah Sesyen Ipoh, Mohd Halin mengaku bersalah atas pertuduhan memilki senjata api tanpa kebenaran, di tempat dan waktu kejadian yang sama.
Hakim Murtazadi Amran menetapkan 19 Sept ini untuk sebutan semula kes selain tidak membenarkan sebarang jaminan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan sehingga enam kali kerana memiliki sepucuk pistol jenis semi auto nombor siri 83451 tanpa kebenaran yang sah daripada mana-mana pihak. 
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman pada 3 Sept lalu berkata perbezaan gaji antara tertuduh dan mangsa dikenal pasti sebagai motif pembunuhan. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...