Skip to main content

Penghantar ayam maut tersepit lif

GEORGE TOWN --  Seorang penghantar ayam maut selepas tersepit pada lif mengangkut barang di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Penang, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, Mohammad Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19, dikatakan berada di situ untuk menghantar bekalan ayam yang dipesan restoran tersebut.
"Mangsa tersepit pada lif mengangkat barang di tingkat tiga restoran berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Katanya siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menahan 18 penagih dadah dalam Op Sarang yang dijalankan di lokasi sarang penagih dadah di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal dan Tasek Gelugor, semalam.
Katanya dalam operasi bermula pukul 5 pagi dan tamat pada 6 petang itu, polis menahan 18 lelaki berusia 18 hingga 53 tahun, masing-masing bekerja sebagai buruh dan penganggur.
"Hasil pemeriksaan di dalam sarang penagih tersebut, polis  merampas heroin  seberat 8.1 gram dan syabu (0.2 gram) bernilai RM314 daripada 10 penagih dadah berkenaan," katanya.
Katanya ujian air kencing mendapati 18 lelaki itu positif dadah dan semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...