Skip to main content

Penjara di Malaysia hadapi masalah sesak


KOTA BHARU -- Lebih 50 peratus daripada 37 penjara di seluruh negara yang menempatkan sebanyak 61,000 banduan, mengalami kesesakan, kata Timbalan Ketua Setiausaha  (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Nadzri Siron.
Beliau berkata 20 penjara itu mengalami kesesakan berikutan bilangan banduan melebihi kapasiti sepatutnya.
“Penjara paling sesak dan mempunyai jumlah banduan tertingi adalah Penjara Pengkalan Chepa di sini yang melebihi 2,900 banduan yang sepatutnya hanya dihuni oleh 1,500 penghuni sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesej dari Penjara Peringkat Zon Timur 2018 di Dewan Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Kota.
Turut hadir Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, dan Timbalan Naib Cancelor UMK Prof Dr Zaliman Sauli. 
Nadzri berkata bagi menangani kesesakan banduan di Penjara Pengkalan Chepa, usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan peruntukan bagi penambahbaikan dan pembinaan bangunan baharu. 
“Penjara baharu seperti Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang di Selangor serta Penjara Sungai Udang, Melaka tidak mengalami kesesakan yang teruk kerana pembinaan penjara baharu ini menggunakan konsep sel,” katanya, lapor Bernama.
Nadzri juga berkata beberapa program turut dilaksanakan untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara antaranya Program Pemulihan dan Pemasyarakatan ( CRP) di enam kem tentera termasuk Kem Desa Pahlawan  di sini dan Kem Gemas di Negeri Sembilan bagi banduan melaksanakan tugas luar penjara.
“Kita juga mengalakkan majikan yang sudi mengambil banduan sebagai pekerja mereka sebagai satu langkah untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara,” katanya.
Beliau juga berkata sebanyak 3,700 banduan muda berusia bawah 21 tahun yang menjadi penghuni penjara terlibat dengan dadah. 
“Kerajaan sedang mengkaji undang-undang sedia ada untuk meletakkan mereka yang terlibat dengan masalah penagihan dadah ini di pusat-pusat pemulihan, dan bukan di penjara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...