Skip to main content

Pentadbiran Putrajaya didominasi bukan Islam - Hadi


KUALA NERUS -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Awang berkata orang Melayu beragama Islam berpeluang mendominasi kepimpinan negara sekiranya mereka mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Bagaimanapun peluang tersebut tidak dimanfaatkan menyebabkan Kerajaan Persekutuan didominasi orang bukan Islam.
"Orang Melayu janganlah marah dengan dominasi bukan Islam dalam pentadbiran sekarang. Ini berlaku kerana orang Melayu bagi undi kepada orang bukan Islam," katanya semasa membahas penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri.
Sementara itu ketika berkata pada siding media mengenai kerjasama PAS-UMNO, Abdul Hadi menjelaskan, ia bukan satu keperluan yang mendesak, namun ia diperlukan untuk kepentingan dan kesejahteraan orang Melayu dan Islam.

"Kadang-kadang memang ia mendesak, contohnya apabila keputusan pilihan raya tidak seimbang dengan demografi penduduk atau bukan Islam yang mendominasi kerajaan.

"Begitu juga apabila ada orang bukan Islam membuat pelbagai tuntutan yang tidak wajar dan menyentuh hubungan dengan orang Islam seperti meminta dihapuskan majlis agama, dihapuskan undang-undang syariah dan tuntutan LGBT.

"Itu semua bercanggah dengan ajaran Islam. Maknanya, hubungan sekarang ini bukan terdesak tetapi hanya keperluan," katanya dalam sidang media.

Beliau berkata jika ada keperluan, muktamar khas akan diadakan untuk tujuan formaliti kerjasama itu dan keseluruhan perwakilan muktamar kali ini menerima kerjasama PAS-UMNO. 

Jelasnya, apa jua bentuk kerjasama PAS-UMNO akan dilakukan secara terbuka seperti dilakukan negara demokrasi lain kerana ia akan memberi kesan dan mempengaruhi undi pada sesuatu pilihan raya. 

Mengulas lanjut mengenai taawun (kerjasama) dengan UMNO, Anggota Parlimen Marang itu berkata budaya politik tersebut sudah lama dilaksanakan PAS termasuk di peringkat antarabangsa dalam membantu menyelesaikan isu kemanusiaan dan keamanan sejagat.

"PAS diberi kepercayaan untuk libatkan diri dalam krisis membabitkan umat Islam seperti di Thailand, Filipina, masyarakat Rohingya, dan krisis penduduk Gaza dan Palestin di Israel.

"Kita laksanakan taawun dan juga kerjasama dalam perkara lain demi rakyat dan negara. Maka berlakunya taawun dengan UMNO. 

"Di sebalik kerjasama itu, kita tegas dalam perjuangan membentuk akidah kerana memimpin bersama Islam adalah penting dalam perjuangan kita. Kita tolak reformasi tanpa Islam," katanya. 





Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...