Skip to main content

Penyamun viral berjaya ditangkap


ALOR SETAR -- Polis menahan suspek utama kes samun seorang wanita di dobi layan diri dan kedai runcit 24 jam dalam tempoh berselang 15 minit di Sungai Petani Selasa lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, SAC Mior Farid Al Atrash Wahid.
Beliau berkata, ​​​​​​suspek berusia 21 tahun itu ditahan bersama isterinya yang berusia 30 tahun ketika datang bersama ibunya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, 1.30 petang Khamis.
“Isteri suspek turut ditahan kerana berada di dalam kereta yang dinaiki suspek ketika melakukan kejadian jenayah itu dan polis masih memburu seorang lagi suspek berusia 20-an,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.  
Katanya hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kejadian samun di kedua-dua premis tersebut seperti mana yang diviralkan di laman media sosial sejak Rabu.
Dalam kejadian berkenaan, dua suspek lelaki berkenaan menyamun seorang pelanggan wanita berusia 37 tahun, pada 7 pagi di kedai dobi layan diri 24 jam di Taman Puteri Jaya, Sungai Petani, hingga kerugian RM10,000.
Selang 15 minit kemudian, mereka juga turut menyamun sebuah kedai runcit 24 jam di Jalan Kelab Cinta Ria, Sungai Petani, menyebabkan kerugian RM4,500.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...