Skip to main content

PH perlu kaji semula sebahagian janji manifesto - Tun M


PETALING JAYA -- Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengkaji semula sebahagian janji manifestonya berikutan timbul kekangan tertentu untuk melaksanakannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, sekiranya sebahagian janji tersebut dilaksana ia akan mendatangkan kerugian besar kepada negara kerana negara kini berdepan pelbagai masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Sebab itu kita perlu kaji semula janji yang dibuat semasa kita percaya kita akan kalah (dalam Pilihan Raya Umum ke-14).

“Tapi sekarang kita menang, jadi sekarang sekatan-sekatan itu terkena kepada kita,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor Bernama.

Perdana menteri, bagaimanapun, tidak menyatakan janji-janji yang akan dikaji semula itu sama ada ia merujuk kepada 10 janji dalam 100 hari atau keseluruhan yang terkandung di dalam manifesto.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Bersatu sedang menjalani proses penyusunan selaras dengan ketetapan dalam perlembagaannya bagi menghadapi mesyuarat agung yang akan diadakan September tahun depan.
Katanya, penyusunan itu termasuk penubuhan cawangan yang akan didaftar supaya setiap daripadanya dapat menghantar wakil ke mesyuarat bahagian.
“Seterusnya mesyuarat di peringkat bahagian dapat menghantar wakil ke mesyuarat agung,” katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa Bersatu akan memulakan penubuhan bahagiannya di Sarawak secepat mungkin.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...