Skip to main content

PH tak perlu umpan pemimpin UMNO keluar - Azmin


JASIN -- Pakatan Harapan (PH) tidak perlu mengumpan pemimpin UMNO keluar parti untuk menyertainya kerana pakatan itu sudah menjadi sebuah kerajaan yang kukuh, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata bagaimanapun sekiranya ada pemimpin UMNO yang merasakan parti mereka telah rosak, maka mereka berhak untuk meninggalkan parti dan bersama PH menyertai reformasi bersama membela nasib rakyat.
"Untuk menyertai mana-mana anggota dalam PH, mereka perlu melalui proses supaya tidak ada satu suasana yang boleh rosakkan keharmonian dalam PH," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Bual Bicara Muafakat di Bemban, Jasin, Melaka.
Turut hadir Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Timbalan Menteri Industri Utama, Naib Presiden PKR Tian Chua dan kira-kira 200 anggota PKR negeri Melaka.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini yang mendakwa banyak tawar-menawar berlaku supaya anggota parlimen UMNO menyertai parti lain, lapor Bernama.
Sementara itu, Mohamed Azmin berkata Reformasi 2.0 yang diperjuangkan PH bukan lagi sebuah gerakan menjerit dan turun ke jalanan, sebaliknya sebuah gerakan bagi melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau berkata rakyat telah memberikan kepercayaan kepada PH pada PRU14 untuk menerajui kerajaan dan membela nasib mereka, justeru kuasa yang diperoleh itu perlu digunakan sebaiknya bagi melaksanakan aspirasi rakyat.
"Setiap pejuang dalam parti PKR harus fahami konsep dan prinsip refomasi itu dengan jelas. Pada peringkat awal kita mengerahkan kekuatan rakyat untuk menuntut sebuah kerajaan yang adil serta dapat memberi kemakmuran kepada negara dan juga rakyat keseluruhanya.
"Dalam fasa kedua ini adalah pelaksanaan kata-kata kita, kita mahu lakukan perubahan dalam tempoh 100 hari ini dan banyak perkembangan positif telah dilakukan," katanya.
Beliau berkata antara perkembangan positif dicapai ialah  kerajaan telah menjamin SPRM bertindak secara adil dan saksama tanpa campur tangan politik.
Katanya kerajaan juga memberi kuasa dan kebebasan kepada Pejabat Ketua Audit Negara supaya dapat melakukan audit pada semua kementerian, jabatan dan agensi tanpa campur tangan pihak eksekutif.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...