Skip to main content

Pimpinan negeri, bahagian Bersatu Negeri Sembilan bubar


KUALA LUMPUR -- Seluruh pimpinan negeri dan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan dibubarkan serta merta dan pemilihan baharu akan dilakukan semula dalam masa terdekat.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembubaran itu diambil atas nasihat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai antara satu cara menyelesaikan masalah dalaman parti di negeri itu yang berpanjangan dan tidak dapat diselesaikan.
“Jadi yang ada sekarang akan terbubar maka kita akan lantik yang baharu dan kita putuskan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim) dan Eddin (Eddin Syazlee Shith) yang akan membantu di Negeri Sembilan. Ini untuk perkemaskan parti di peringkat bahagian yang ada masalah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di Menara Yayasan Selangor.
Dalam pada itu Muhyiddin turut mengumumkan pembubaran kepimpinan parti Bahagian Ampang dan Subang kerana kedua-dua bahagian itu mempunyai pelbagai masalah, termasuk masalah disiplin.
Beliau juga mengumumkan seorang anggota Bersatu Bahagian Gemencheh Datuk Nasarudin Mahamud dipecat dari parti kerana masalah disiplin.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...