Skip to main content

Polis buat tujuh tangkapan berkaitan kes keracunan arak


SHAH ALAM -- Polis Selangor membuat 12 serbuan dan tujuh tangkapan di sekitar Lembah Klang berhubung kes keracunan arak semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata operasi berkenaan telah dilakukan di premis kedai runcit di Bukit Kemuning, Taman Seri Muda dan Kampung Baru Subang, Seksyen U5 di Shah Alam; Taman Sri Gombak, Taman Daya dan Taman Sri Ehsan di Kuala Lumpur serta Bandar Rinching, Semenyih di Kajang.

Menurut beliau, tujuh individu yang merupakan pengusaha serta pekerja kedai runcit itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita iaitu dua warga tempatan, dua warga Myanmar serta tiga warga India kesemuanya berusia 40-an.

"Daripada serbuan itu jumlah rampasan sehingga kini adalah 1,030 botol wiski dan 1,767 tin bir pelbagai jenama termasuk Grand Royal Wiski, Mandalay Wiski, Valcano dan King Fisher.

"Tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Ketika ditanya kemungkinan kesemua premis terbabit memperoleh bekalan arak daripada pembekal yang sama, Mazlan berkata perkara itu masih dalam siasatan.
Katanya, ketika serbuan juga terdapat beberapa premis kedai runcit tidak beroperasi.
"Selepas berita keracunan arak dilaporkan di media, beberapa kedai runcit terus ditutup mungkin kerana tidak mahu terlibat atau ingin lupuskan arak yang boleh kaitkan mereka dengan kesalahan itu," katanya.
Dalam pada itu, Mazlan berkata sehingga pukul 8 pagi tadi di Selangor, mangsa keracunan arak yang meninggal dunia mencecah 17 orang, 24 mangsa sedang dalam rawatan dan sembilan mangsa telah dibenarkan keluar hospital, lapor Bernama.
Katanya, mangsa yang meninggal dunia adalah seorang warga tempatan, tujuh warga Myanmar, dua warga Bangladesh, lima warga Nepal, seorang warga India dan seorang yang identiti tidak diketahui, berusia lingkungan 20-an ke awal 30-an.
Menurut beliau lagi, sehingga kini, polis masih menunggu laporan rasmi mengenai punca kematian mangsa daripada pihak hospital.
"Ekoran kejadian ini juga, pihak polis telah mengklasifikasikan semula kes daripada mati mengejut kepada Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan iaitu mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang.
"Seksyen ini membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Sebanyak 17 kertas siasatan dibuka untuk tujuan ini," katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...