Skip to main content

Polis Kelantan rampas pil kuda bernilai RM23.6 juta


KOTA BHARU -- Polis Kelantan merampas lebih satu juta biji dadah dipercayai pil kuda bernilai RM23.6 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Banggol Setol, Alor Pasir, Pasir Mas Khamis lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hasaan berkata rampasan berkenaan adalah yang terbesar dilakukan oleh polis Kelantan pada tahun ini membabitkan pil jenis berkenaan.
Beliau berkata seorang pemandu lori berusia 31 tahun yang juga dipercayai sebagai penjaga stor rumah berkenaan turut ditahan dalam serbuan pada pukul 1.15 pagi itu.
“Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui lima guni mengandungi 197 bungkusan berisi pil disyaki pil kuda.
"Lelaki yang ditahan itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod lampau berkaitan dadah dan negatif ujian air kencing,” katanya pada siding media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, lapor Bernama.
Hasanuddin berkata siasatan yang dijalankan mendapati aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan sudah bermula sejak Ogos tahun lalu dan kawasan pengedaran adalah sekitar Rantau Panjang dan Kota Bharu.
Beliau berkata lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bermula Khamis (20 sept) hingga Rabu (26 Sept) ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Polis juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti sindiket-sindiket yang terlibat dalam pengedaran dadah di negeri ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...