Skip to main content

Polis tahu Jho Low berada di mana


KUALA LUMPUR -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengesan lokasi sebenar ahli perniagaan kontroversi dan dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata bagaimanapun lokasi Jho Low tidak akan didedahkan kepada umum.

“Saya tidak akan dedahkannya (lokasi Jho Low) kerana ia masih dalam siasatan kami lagi.

“Tindakan itu diambil bagi melancarkan proses siasatan dan tidak mahu siasatan yang dijalankan terganggu,” katanya dalam siding media perkembangan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bukit Aman.

Noor Rashid berkata polis perlu berbincang dengan pihak berkuasa negara terbabit kerana ia membabitkan kedaulatan undang-undang negara itu.
Pada 11 Julai lepas, PDRM mengesahkan Jho Low dipercayai telah meninggalkan Macau tanpa diketahui lokasi terbarunya dan perkara itu telah dimaklumkan melalui emel yang diterima daripada pihak berkuasa Macau.

Emel itu memaklumkan bahawa Jho Low telah meninggalkan Macau dan pergi ke destinasi yang tidak disebutkan.

Sebelum itu, pada 5 Julai, Jho Low disahkan sudah melarikan diri ke Macau.

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata Jho Low dipercayai menggunakan pasport negara lain pada masa ini selepas Jabatan Imigresen Malaysia membatalkan pasportnya pada 15 Jun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...