Skip to main content

Port Dickson Move tidak dibincang secara rasmi


SHAH ALAM -- Keputusan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK), tidak dibincang atau dimaklumkan secara rasmi dalam mesyuarat parti, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Beliau berkata kebiasaannya sebarang perancangan penting termasuk berkenaan PRK akan dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR kerana ia melibatkan strategi yang besar.
“Ketika mesyuarat biro politik sebelum ini saya tiada kerana bertugas di Lumut, Perak, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku ketika mesyuarat itu.
“Namun, kalau tanya saya, tiada mesyuarat rasmi diadakan berhubung pengumuman atau keputusan berkenaan Datuk Seri (Anwar) bertanding di mana-mana PRK atau sesiapa mengosongkan kerusi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Inpens International College Kali ke-22 di Dewan Jubli Perak.
Amirudin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin semalam, yang mengkritik tindakan sesetengah pemimpin parti itu membuat keputusan berhubung pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson tanpa mengikut saluran yang betul.
Menurut Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, setiap keputusan perlu dilaksanakan secara musyawarah untuk mendapat sokongan seluruh anggota parti dan konsensus yang dicapai perlu selari dengan semangat reformasi serta demokrasi.
Kenyataan itu susulan tindakan Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang mengumumkan mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR, bertanding dalam PRK.
Amirudin bagaimanapun berkata, memandangkan keputusan telah dibuat maka beliau akan menjalankan tanggungjawabnya untuk membantu PKR mengekalkan kerusi Parlimen tersebut pada PRK itu nanti.
Ditanya sama ada rakyat akan merasa bosan dan tidak akan mengundi pada PRK itu sebagai tanda bantahan, beliau berkata keadaan itu perlu dilihat dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta pimpinan parti menghormati keputusan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi membolehkan Anwar bertanding.
“Ketidakpuasan hati beberapa pemimpin PKR yang mendakwa mereka disisihkan daripada perbincangan berhubung perkara itu tidak perlu dijadikan isu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran ‘Inisiatif FGV-MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) Dalam Menerajui Penggunaan B10’ di Pelabuhan Klang, dekat sini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...