Skip to main content

Rampasan dadah RM72.5 juta hasil kerjasama polis Thai-Malaysia


BANGKOK -- Rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM72.5 juta di Pulau Pinang pada Rabu lepas tidak akan dapat dijayakan tanpa kerjasama baik antara polis bahagian narkotik Malaysia dan Thailand.
Kedua-dua pihak telah bertukar risikan penting yang membawa kepada penahanan suspek serta penemuan makmal pemprosesan dadah serba canggih di negeri itu.
“Pada 7.50 malam, 4 Sept, kami diminta oleh rakan kami di  Malaysia untuk memantau dua suspek, seorang lelaki dan seorang wanita, yang akan melakukan perjalanan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi dari Hong Kong,” kata Ketua Biro Pembanterasan Narkotik Thailand (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk kepada Bernama di sini.
Katanya kedua-dua suspek yang didakwa menjadi "perancang” dalam kes dadah di Pulau Pinang itu, telah terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel mewah yang terletak di satu daripada bangunan tertinggi di Bangkok sebaik tiba dari Hong Kong sebelum berpindah ke sebuah hotel lebih murah di kawasan Pratunam di tengah-tengah pusat bandaraya.
Pemantauan terhadap dua suspek menunjukkan mereka mendaftar keluar daripada hotel mereka pada 11 Sept dan terus ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi  untuk menaiki penerbangan ke Hatyai di selatan Thailand, kata Sommai.

“Mereka mendarat di Hatyai pada 12.55 tengah hari (waktu tempatan),” katanya dan menurutnya operasi NSB mengesan kedua-dua suspek apabila mereka melakukan perjalanan mengikut jalan darat ke Betong di wilayah Yala dekat sempadan Thailand-Malaysia dengan mereka tiba pada kira-kira  7 malam (waktu tempatan). 
Betong sebuah bandar yang sunyi terletak di seberang sempadan Malaysia di Pengkalan Hulu di utara Perak.
Tidak diketahui dengan jelas kenapa kedua-dua suspek mengambil perjalanan lebih jauh dan mengikut jalan darat ke Betong selepas mereka tiba di Hatyai untuk memasuki Malaysia dan tidak menggunakan laluan terus ke pusat pemeriksaan sempadan di Sadao-Bukit Kayu Hitam, yang hanya kira-kira sejam perjalanan dengan kenderaan dari Hatyai.  
“Kami kemudian memaklumkan kepada rakan kami di Malaysia sebaik sahaja kedua-dua suspek melintas sempadan untuk masuk ke Malaysia,” kata Sommai, lapor Bernama.
Lelaki dan wanita itu segera ditahan polis Malaysia sebaik sahaja mereka melintas sempadan dan kemudian membawa polis jabatan narkotik Bukit Aman ke makmal dadah yang lengkapi peralatan pemprosesan dadah yang canggih itu di Bukit Tengah, Pulau Pinang.
Dalam rampasan dadah terbesar sejak 1996 itu, polis Malaysia  merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM72.5 juta, termasuk lebih dua juta biji pil Eramin 5, lebih 700kg serbuk Eramin 5, syabu, ecstacy dan bahan kimia untuk menghasilkan dadah.
Polis turut merampas alat untuk pemprosesan dadah bernilai kira-kira setengah juta ringgit. Mereka turut merampas dadah yang boleh digunakan oleh lima juta orang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pada sidang media Jumaat lepas berkata dua lelaki dan seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an dan 40-an ditahan di Pengkalan Hulu.
Beliau berkata pihaknya berjaya menumpaskan sindiket itu hasil kerjasama daripada rakan sejawat mereka di China dan Thailand.

Menurut Sommai, NSB dan Pejabat Lembaga Pengawalan Narkotik Thailand telah bekerjasama dengan Bukit Aman sebanyak tiga kali pada tahun ini.
“Kerjasama antara Thailand dan Malaysia untuk memerangi dadah adalah berdasarkan hubungan erat kerana kami umpama adik beradik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...