Skip to main content

Saifuddin jawab Zuraida, keputusan dibuat biro politik


KUALA LUMPUR -- Keputusan untuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti, dan bukannya dibuat tanpa mesyuarat seperti mana didakwa.
Mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mempersoal ketelusan proses membuat keputusan parti itu seperti dilapor media, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kritikan itu tidak harus timbul kerana Zuraida sendiri merupakan anggota biro politik berkenaan.
"Berapa kerap biro politik bermesyuarat? Setiap minggu setiap hari Selasa 8.30 malam. Apakah tajuk tentang memilih kawasan yang akan ditandingi Anwar dibincangkan? Ya. Diputuskan dalam biro politik? Ya," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan penyampaian Anugerah Harta Intelek Negara 2018.
Pada Rabu, Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan bahawa beliau mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kawasan Parlimen itu.
Zuraida dalam reaksi kepada pengumuman berkenaan melahirkan rasa khuatirnya dan dilapor sebagai berkata bahawa sekiranya proses membuat keputusan tidak dijalankan secara terbuka, telus dan demokratik, ia akan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dan seolah-olah memperlihatkan PKR telah dimanipulasi oleh kelompok tertentu.
Mengenai desas-desus akan berlaku boikot dalam kalangan komponen parti, Saifuddin Nasution berkata ia tidak timbul kerana keputusan ini telah dibuat sejak konvensyen Pakatan Harapan pada Januari lepas, lapor Bernama.
"Ketetapan itu sekiranya PH menang, kita menawarkan kepada rakyat, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dijadikan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar bakal Perdana Menteri (kelapan).
"Jadi kesemua kepimpinan utama PH faham ketetapan itu, jadi sekarang masa untuk kami laksanakan konsensus itu. Dua yang pertama dah berjalan, jadi sekarang langkah seterusnya untuk memposisikan Anwar sebagai perdana menteri. Saya yakin pimpinan faham sebab mereka sebahagian dari proses buat konsensus," katanya.
Saifuddin Nasution berkata beliau telah bertemu kesemua pimpinan utama parti komponen PH, dan kesemua mereka bersetuju untuk memberi sokongan kepada Anwar yang akan bertanding menggunakan lambang PH.
"Mereka memahami dan menyatakan sokongan… jadi soalan boikot tak timbul. Mereka juga faham sebab kemasukan Anwar menerusi kaedah legitimate iaitu melalui pilihan raya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...