Skip to main content

Saifuddin nafi ada perpecahan dalam PKR


PUTRAJAYA -- Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan khabar angin parti itu akan berpecah dua dengan satu kumpulan bergabung bersama  pembangkang,  khususnya UMNO.
"Idea untuk bergabung dengan UMNO tidak timbul sama sekali dan tohmahan bahawa PKR akan berpecah kepada dua, tiga, empat ini telah dihadapi seawal kita tubuhkan parti 20 tahun dulu," katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu, Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu.
Mengulas lanjut, beliau menganggap ‘cerita’ perpecahan PKR itu berpunca daripada keanggotaan parti sendiri yang merangkumi kelompok badan bukan kerajaan, bekas anggota UMNO, aktivis dan pemimpin masyarakat.
Perbezaan dan kelompok inilah yang sebenarnya menjadi kekuatan PKR, katanya.
Pada masa sama beliau membidas tindakan segelintir pihak yang menyifatkan  pertandingan merebut jawatan dalam parti sebagai punca perpecahan PKR.
“Kalau pihak yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan dalam parti dilihat sebagai punca perpecahan, pilihan lain apa yang ada," katanya, menambah pemilihan parti adalah satu proses biasa dalam amalan demokrasi.
Yang penting katanya setiap yang bertanding menjaga adab dan tertib.
Sebelum ini, tular satu mesej menyatakan PKR akan berpecah dua dengan satu kumpulan bersama UMNO menubuhkan Barisan Harapan Malaysia yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala satu lagi akan menganggotai Pakatan Harapan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...