Skip to main content

Sembilan Geng 24 dipenjara 16 bulan


GEORGE TOWN -- Sembilan individu daripada 27 individu  yang sebelum ini didakwa mengganggotai kumpulan jenayah terancang, Kongsi Gelap Geng 24 Pulau Pinang mengikut  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, Rabu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh  menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh itu  selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan  1966, iaitu mengganggotai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang .

Tertuduh terbabit ialah Chan Yi Heng, Hanry Tan Cheng Yu, Lim Boon Hooi, Yeong Kah Man, Yeoh Choon Hin, Yeoh Choon Hong, Tang Soon Poh, Teoh Chin Yeow dan Teng Kok Loon.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit meminda pertuduhan tertuduh  daripada Seksyen 130V Kanun Keseksaan di bawah Sosma kepada Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Seramai 18 lagi tertuduh  mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan  itu dan mahkamah memerintahkan  kes tersebut dipindahkan  ke Mahkamah Majistret, lapor Bernama.

Selepas pindaan itu, pertuduhan terhadap kesembilan tertuduh tidak lagi di bawah Sosma dan pertuduhan pindaan  turut memperuntukkan hukuman yang lebih ringan  iaitu hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seksyen 130 V  Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

 Berdasarkan pertuduhan pindaan, mereka didakwa menjadi anggota " Geng 24" yang merupakan satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang  antara 1 Jan 2015 hingga 6 Mei 2017.

Mahkamah kemudian memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman dari tarikh  mereka ditangkap iaitu 6 Mei 2017.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...