Skip to main content

Shafee kata pendakwaan terhadapnya adalah taktik buli


KUALA LUMPUR -- Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menjangka beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM9. 5 juta.
Beliau berkata ini kerana kesemua transaksi RM9.5 juta itu mempunyai resit yang dikeluarkan oleh firmanya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bayaran guaman.
"Saya langsung tidak menjangkakan pertuduhan terhadap saya, ini kerana saya hanya  terima bayaran bagi khidmat guaman yang telah diberikan,” katanya kepada pemberita semasa  sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Mengulas lanjut, beliau berkata sebagai peguam ketika itu adalah tidak wajar untuk dirinya mempersoalkan sumber kewangan yang dibayar oleh Najib.
"Takkan saya nak tanya Perdana Menteri (Najib) daripada mana sumber wang berkenaan yang diperoleh" katanya dengan nada tegas.
Muhammad Shafee turut menyifatkan bahawa tuduhan yang dikemukakan terhadapnya hari ini adalah bermotifkan politik malahan ia tidak berasas.
“Ini adalah taktik buli  untuk menyingkirkan saya daripada mengetuai barisan pembelaan berhubung kes Najib.
"Bagi saya kalau anda tahu watak saya lagi ditekan lagi keras saya akan jadi...mereka tahu bahawa kami mempunyai barisan pembelaan yang terbaik," katanya.
Beliau juga  berkata, pihaknya ada mendengar  khabar angin bahawa pertuduhan ke atasnya akan dibicarakan bersama dengan kes anak guamnya  (Najib) dan berkata “tetapi ia tidak akan terjadi kerana kami mempunyai strategi”.
Ditanya mengenai imej dan kerjayanya sebagai peguam, Muhammad Shafee menegaskan kes itu tidak akan menjejaskan tugasnya kerana beliau masih boleh terus membela anak guamnya antaranya dalam kes Najib.
Menjawab dakwaan bahawa dia mengelak untuk ditahan oleh SPRM, peguam itu menjelaskan  beliau pergi ke Johor Bahru untuk kes di bawah SOSMA dan kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengan Najib di Pavilion.
Selepas itu beliau pulang ke pejabatnya untuk mengambil dokumen dan pagi ini beliau ditahan SPRM  semasa beliau berada di Lapangan Terbang Subang untuk ke Pulau Pinang bagi kes di bawah SOSMA.
Sementara itu, anak lelaki kepada Muhammad Shafee, Muhammad Farhan, 29, menjelaskan beliau tidak pernah menyangka bahawa ayahnya akan dituduh ke mahkamah dan menegaskan beliau akan bertindak  sebagai salah seorang peguam bela dalam kes ayahnya.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata dia tidak menolak bahawa pertuduhan terhadap ayahnya ada motif tersembunyi di sebalik pendakwaan yang dikemukakan terhadap bapanya.
"Walaupun tidak gembira dengan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya (Muhammad Shafee) saya akan tetap memberikan sokongan penuh. Saya tidak pernah terfikir suatu hari nanti perlu menjadi peguam kepada ayah saya, namun, saya tahu besar kemungkinan perkara itu mungkin akan terjadi,” katanya.
Muhammad Farhan berkata, pendakwaan terhadap Muhammad Shafee adalah kesan daripada tindakan ayahnya membela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan  pendakwaan yang dibuat hari ini lebih bertujuan untuk tidak menggalakkan beliau (Muhammad Shafee) untuk mewakili Najib.
Terdahulu Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini dan  menetapkan 2 Okt  untuk sebutan semula kes.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...