Skip to main content

SPRM rampas dan beku tunai bernilai RM2.5 bilion sejak Jun


KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas dan membekukan wang tunai bernilai RM2.5 bilion sejak Jun lalu.
Ketua Pesuruhajayanya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata rampasan itu membabitkan pelbagai kesalahan rasuah, penyelewengan, serta salah guna kuasa selain siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh SPRM.
“Sejak Jun lalu juga, kita telah menahan 336 individu atas pelbagai kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum berjaya mendakwa kira-kira 100 daripada mereka  di mahkamah.
“Jumlah keseluruhan ini dilakukan SPRM dalam tempoh empat bulan, termasuk rampasan kes 1MDB.
"Jumlah itu pula tidak termasuk pelbagai barangan atau hartanah disita SPRM yang  belum dinilaikan," katanya.
Menurutnya, kesemua angka tangkapan, pertuduhan serta nilai wang tunai dirampas itu cukup mengejutkan sekaligus membuktikan kes rasuah dan penyelewengan di negara ini cukup serius. 
Sebelum itu, selepas majlis deklarasi dan menandatangani ikrar bebas rasuah ketua-ketua jabatan Bernama, Mohd Shukri berkata SPRM menyahut seruan Perdana ​​​​​ Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar memerangi rasuah habis-habisan dan pesalah rasuah dikenakan hukuman lebih berat sekurang-kurangnya hukuman sebat. 
“Rasuah boleh membawa kepada jenayah lain seperti kedatangan PATI (pendatang asing tanpa tanpa izin), kegiatan judi dan pelacuran.
“Seperti di China, mereka melaksanakan hukuman tembak mati kepada penjenayah yang mengamalkan rasuah.
“Namun, apa yang dicadangkan(hukuman mati) itu amat mustahil dilaksanakan. Ini kerana negara kita sedang dalam usaha untuk memansuhkan hukuman mati… kita boleh kenakan hukuman lain seperti sebatan” katanya, lapor Bernama.
Pada Rabu, di London, Dr Mahathir berikrar bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan akan bertindak habis-habisan bagi memastikan pentadbiran baru itu bebas dari gejala rasuah.
Beliau berkata  kerajaan dan anggota kabinetnya harus menjadi contoh terbaik dalam usaha memerangi rasuah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...