Skip to main content

SST bukan penyebab kenaikan kos


KUALA LUMPUR -- Elemen percukaian seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bukanlah satu-satunya penyebab kenaikan kos harga barangan, sebaliknya turut dipengaruhi faktor termasuk pergerakan harga produk terbabit.
Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata faktor itu termasuk barang yang diimport, penyusutan nilai ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.
“Kenaikan harga juga lazimnya disebabkan oleh permintaan dan penawaran sesuatu barang serta perkhidmatan dalam pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel  (BNC) di sini,
Sehubungan itu, Lim menasihati rakyat untuk menjadi pengguna bijak dengan mengambil tindakan seperti membuat laporan kepada Kemententerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, memboikot barangan tersebut dan menularkan sebarang salah laku berkenaan, lapor Bernama.
Mereka juga harus membeli barangan atau perkhidmatan yang benar-benar diperlukan selain mengambil inisiatif membandingkan harga serta membuat kajian pasaran terlebih dahulu.
Menurutnya, kerajaan juga amat komited untuk mengurangkan beban kewangan rakyat khususnya golongan B40 (golongan 40 peratus pendapatan rendah negara).
Malah, menerusi pelaksanakan SST yang telah ditambahbaik, kerajaan telah ‘mengembalikan’ semula jumlah kutipan cukai dianggarkan kira-kira RM23 billion kepada rakyat.
“Adalah diharapkan dengan pemulangan kutipan cukai ini dapat merangsang permintaan pengguna, meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata, SST juga hanya merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang meliputi 60 peratus daripada kumpulan barangan dan perkhidmatan indeks berkenaan.
Jelas Lim, bebanan bagi golongan B40 juga lebih rendah berikutan tiada lagi cukai terhadap produk termasuk sardin, susu, teh, sos cili, sos tomato, bijirin, marjerin, kaya serta motosikal di bawah 250cc dan basikal.
Selain itu, golongan nelayan tidak lagi tertakluk kepada cukai untuk pembelian bot manakala bagi petani, traktor dan baja tidak lagi dikenakan cukai yang sebelum ini menyebabkan petani tidak berdaftar dibebani GST bagi pembelian baja, katanya.
Bagi sektor perumahan, bahan binaan yang tidak dikenakan cukai adalah pasir, bata dan simen manakala perkhidmatan kesihatan dan hospital yang tidak dikenakan SST adalah khidmat perundingan penjagaan kesihatan, pentadbiran, perubatan dan perkhidmatan ambulatori.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...