Skip to main content

Station Damai asyik rosak kat situ je...


KUALA LUMPUR -- Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya tergendala lebih dua jam susulan masalah gangguan isyarat, pada Selasa. 
Berdasar beberapa kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi RapidKL, terdapat masalah pada lampu isyarat dan komunikasi yang berlaku di Stesen LRT Damai ke Stesen LRT Dato Keramat menyebabkan tren tergendala dan bergerak perlahan.
"Kami mengalami masalah isyarat dari Damai ke Dato Keramat. Kerja memindahkan tren yang gagal beroperasi sedang dilakukan. Kami telah menghantar tren yang kosong untuk mengatasi kesesakan di stesen,” menurut petikan kemas kini status RapidKL melalui laman sosial berkenaan.   
Insiden yang berlaku pada waktu puncak itu mengakibatkan ribuan pengguna terkandas di beberapa stesen, menyebabkan ada pengguna yang meluahkan rasa kecewa mereka terhadap perkhidmatan berkenaan di laman sosial. 
Seorang pengguna, Eeka Syafiqah berkata beliau telah berada dalam tren lebih sejam.
"Faham masalah teknikal memang tidak dapat dijangka but for your case, it kept on repeating.. (tetapi untuk kes anda, ia asyik berulang...) Station Damai asyik rosak kat situ je.. do something la (tolong lakukan sesuatu),” luahnya. 
Amy Nursafura pula mencadangkan pengumuman turut dibuat di Monorel dan MRT sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan LRT bagi mengelakkan kesesakan.
"To avoid congested in LRT platform, u should also make announcement in Monorel and MRT, so that commuters who's normally exchange train can use second alternative instead (Untuk mengelakkan kesesakan di platform LRT, anda sepatutnya membuat pengumuman di Monorel dan MRT, bagi membolehkan pengguna komuter yang biasanya menukar tren boleh memilih alternatif kedua),” katanya, lapor Bernama.
Menurut maklum balas RapidKL, tren kosong telah dihantar untuk meredakan kesesakan di Stesen Setiawangsa selain insiatif diambil untuk mengembalikan bayaran balik tiket pengguna dari pejabat khidmat pelanggan di stesen LRT yang berkenaan.
Perkhidmatan LRT kembali beroperasi seperti biasa kira-kira 10 pagi tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...