Skip to main content

Terlajak tulis, boleh padam, terlajak cetak buruk padahnya


PETALING JAYA -- Sultanah Terengganu Sultan Nur Zahirah telah menghantar surat tuntutan kepada pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Recastle-Brown dan dua pihak lagi, untuk menuntut permohonan maaf bertulis serta ganti rugi RM100 juta daripada setiap mereka berhubung kenyataan fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report:The Inside Story of the 1MDB Expose’.
Peguam Datuk Mohd Haaziq Abdullah, yang mewakili Sultanah Terengganu, berkata surat tuntutan itu telah diserahkan kepada Recastle-Brown, penerbit tempatan Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd pada Khamis dan mereka diberi masa lapan hari mulai 27 Sept untuk membuat penarikan balik secara bertulis yang jelas dan permohonan maaf bertulis dalam terma yang dipersetujui oleh peguam baginda.
Beliau berkata  Recastle-Brown perlu membuat akujanji untuk tidak mengulangi kenyataan itu dan syarikat terbabit juga dikehendaki menarik balik buku berkenaan yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap baginda, daripada penjualan dan pengedaran.
“Tindakan undang-undang ini tidak ada kaitan dengan buku Recastle-Brown tentang 1MDB. Kami hanya memberi perhatian kepada muka surat tiga buku itu yang mengandungi kenyataan fitnah,” katanya.
Peguam itu menegaskan surat tuntutan itu dihantar kepada ketiga-tiga pihak berkenaan bagi melindungi integriti dan kepentingan baginda serta memelihara nama baik Institusi Diraja Terengganu,” katanya.
Beliau berkata kenyataan itu dianggap fitnah oleh sebab baginda tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal kerajaan.
“Baginda sultanah tidak pernah terlibat dalam penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) serta dana kekayaan berdaulat dan baginda tidak pernah menyokong Jho Low untuk mendapatkan nasihat dalam TIA," katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata Sultanah Nur Zahirah tidak mengenali Jho Low dan pengetahuan baginda tentang lelaki itu diperoleh berdasarkan laporan media.
Mohd Haaziq berkata dakwaan daripada kenyataan Recastle-Brown itu membawa maksud atau difahami sebagai Sultanah Terengganu terlibat dalam amalan rasuah dan mempunyai kaitan serta hubungan rapat dengan orang yang perilakunya boleh dipersoalkan iaitu Jho Low.
Beliau seterusnya berkata kenyataan itu tiada justifikasi, tidak berasas dan mempunyai aspek penghinaan yang menyebabkan kesusahan, malu dan mencalarkan reputasi Sultanah Nur Zahirah.
Beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pengelola Bijaya Diraja Istana Terengganu Datuk Mohd Azmi Mohamad Daham pada 14 Sept.
Mohd Haaziq berkata anak guamnya menuntut ganti rugi RM100 juta dan apa-apa award yang diputuskan oleh mahkamah akan disumbangkan kepada badan amal.
Mengenai pernyataan maaf Recastle-Brown yang dimuatkan dalam laman sesawang Sarawak Report pada Khamis, Mohd Haaziq berpendapat ia bukanlah permohonan maaf.
“Saya ulangi... ia bukanlah permohonan maaf. Kesilapan telah terkandung dalam buku itu dan saya ingin menyatakan bahawa apa yang dikatakan sebagai maaf ini dibuat hanya selepas kami memulakan tuntuan dan ia bukanlah permohonan maaf yang jelas,” katanya.
Beliau berkata jika ketiga-tiga pihak itu akur dengan surat tuntutan yang dihantar kepada mereka, Sultanah Nur Zahirah tidak akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap mereka.
Ditanya sama ada Sultanah Terengganu pernah berjumpa Jho Low, beliau menjawab: “Tidak pernah”
Mohd Haaziq berkata anak guamnya mendapat tahu tentang perkara itu selepas baginda membaca buku berkenaan dan pada 14 Sept, Istana Terengganu mengarahkan  Mohd Azmi untuk membuat laporan polis.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Mohd Azmi, dan peguam  Datuk Suraj Singh. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...