Skip to main content

Suspek kes samun dicari polis. Saksikan rakaman kejadiannya.


ALOR SETAR -- Ini adalah rakaman video litar tertutup di sebuah kedai dobi layan sendiri, tempat berlakunya samun dua lelaki, dengan seorang bersenjata tajam.
Sehubungan itu polis sedang mengesan dua lelaki yang melakukan dua kes samun dalam tempoh selang 15 minit di sebuah kedai dobi layan diri dan kedai runcit 24 jam di Sungai Petani, Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Sazalee Adam berkata dalam kejadian pertama kira kira pukul 7 pagi semalam, seorang wanita berusia 37 tahun kerugian RM10,000 selepas disamun dua lelaki berkenaan di kedai dobi layan diri 24 jam di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.
"Ketika kejadian wanita terbabit berada berseorangan di dalam kedai sebelum seorang lelaki masuk dan bertanyakan tentang bajunya yang hilang sebelum mendekati mangsa dan cuba merampas beg tangan. Suspek yang terkejut cuba menarik beg tangannya namun terpaksa menyerahkan selepas diacukan parang oleh suspek.
"Pada masa itu, seorang lagi rakan suspek masuk ke kedai dan menarik barang kemas dileher, tangan dan jari mangsa serta merampas kunci kereta jenis Pesona milik mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa yang mengalami kerugian berjumlah RM10,000 itu telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani, lapor Bernama.
Sementara itu, Sazalee berkata selang 15 minit kemudian kedua-dua suspek yang sama turut menyamun sebuah kedai runcit 24 jam di Jalan Kelab Cinta Taman Ria, Sungai Petani.



"Semasa kejadian, pekerja yang berada di kaunter pembayaran didatangi seorang lelaki yang mahu membeli kad prabayar dan semasa hendak mengambil kad yang diminta lelaki terbabit telah meletak sebilah pisau panjang dileher mangsa.
"Suspek memaksa mangsa membuka laci tempat menyimpan wang sebelum mengambil wang tunai dan beberapa barang milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM4,500," katanya.
Mangsa sempat menekan butang siren di bawah laci kaunter dan suspek yang terkejut terus melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Saga Aeroback berwarna kelabu yang nombor pendaftarannya ditutup yang berada dihadapan kedai.
Beliau berkata hasil siasatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua suspek tersebut merupakan suspek yang sama dalam kejadian samun kedai dobi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...